Memang betul bapa mithali, ramai yang sebak bila tengok Sharnaaz Ahmad jemput anknya kat Lapangan Terbang

Pelakon, Sharnaaz Ahmad dilihat menjemput anak tunggalnya, Jebat Jayden Ahmad di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam yang baru tiba dari Tanah Suci. Difahamkan, Jebat dan keluarga Noor Nabila telah menunaikan ibadah umrah bersama-sama. Setelah dua minggu tidak bertemu, pelakon Sharnaaz Ahmad tampil menyentuh hati ramai warganet selepas mempamerkan dirinya memeluk erat anak kesayangannya, Jebat Jayden seusai pulang dari umrah.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Sharnaaz menerusi sebuah hantaran di Instagram, tadi. Menerusi perkongsian tersebut, Jayden kelihatan begitu manja berada dalam dakapan seolah-olah terubat rindunya untuk bertemu bapanya, Sharnaaz. Above All.. My Love Jebat Jayden,” tulisnya. Perkongsian tersebut turut mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet yang rata-ratanya gembira melihat pertemuan semula dua beranak itu. Tulis seorang warganet, “You might actually not succeed as a husband *yet*.. But as a protector -responsible-loving father… You’re actually THE WINNER. You deserved that. Jebat is so lucky to have you. Salute.

Kredit Xtra.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Dalam video tersebut, pelakon drama I Promise Janji Anaqi itu dilihat menggendong Jebat yang seakan merindui bapanya setelah hampir dua minggu tidak bertemu. Kebanyakan warganet yang perasan akan video tersebut telah meninggalkan komen dengan memuji hubungan baik antara Sharnaaz dan keluarga bekas isteri walaupun mereka sudah tiada apa-apa hubungan. Sumber Oh Media.