Seorang lelaki Yemen yang mempunyai tanduk di kepala sudah pergi selamanya pada umur 140 tahun

Seorang lelaki Yemen yang sebelum ini menjadi perhatian ramai kerana mempunyai ketumbuhan seperti tanduk pada  sisi dahinya, pergi menghadap illahi pada usia dipercayai 140 tahun, lapor akhbar The Sun semalam.Ali Anter yang dipercayai lelaki paling tua di Yemen digelar ‘lelaki bertanduk dua’ selepas mempunyai dua tanduk yang tumbuh pada kedua-dua sisi dahinya  selepas dia berusia 100 tahun. Ketika salah satu daripadanya semakin besar, ia mula melengkung menyerupai tanduk kambing, manakala ketika dia pergi menghadap illahi, tanduk tersebut dikatakan tumbuh sehingga ke paras mulutnya.

Menurut laporan, Ali pergi menghadap illahi tiga hari selepas satu rakaman video menunjukkan seorang individu tidak terlatih cuba memotong tanduk tersebut menggunakan alat yang panas. Seorang ahli keluarga memaklumkan bahawa lelaki itu pergi menghadap illahi disebabkan kesihatan fizikal dan mentalnya merosot akibat sakit tua. Namun, ada dalam kalangan saudaranya mendakwa bahawa Ali sebenarnya pergi menghadap illahi disebabkan prosedur pemtngan ketumbuhan itu yang telah mempercepatkan pemergiannya. Media tempatan melaporkan Ali berada dalam keadaan sihat dan mempunyai ingatan yang baik sehingga sekitar 2017 apabila keadaannya mula merosot.

Ketumbuhan yang muncul pada dahi Ali berkemungkinan merupakan sejenis tum0r kulit yang terhasil daripada keratin, iaitu protein sama yang membentuk rambut dan kuku. Ia timbul daripada lebihan kulit yang teruk serta sering berlaku dalam kalangan pesakit lebih berusia dan individu berkulit cerah. – Agensi. Kredit Kosmo online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.