Mimi Lana sudah sedia menggalas tanggungjawab sebagai isteri kepada Syafiq Kyle

Pelakon, Mimi Lana sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai isteri kepada jejaka pilihannya yang juga pelakon popular, Syafiq Kyle, tahun ini. Mimi atau nama sebenarnya, Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 27, berkata, dia memohon orang ramai mendoakan agar bahtera perkahwinan yang bakal dibina dipermudahkan. Saya dan Syafiq pun sudah berkawan lama. Insya-Allah sudah bersedia, doakan saya. Sejujurnya memang ada sedikit rasa berdebar sebab bakal melangkah ke satu fasa yang lebih serius dalam hidup. Tapi tidaklah rasa gemuruh yang keterlaluan, mungkin detik itu belum sampai lagi. Pada waktu ini, saya banyak berdoa supaya kami berdua dapat laluinya dengan baik, tiada masalah. Itu saja yang saya harapkan.

Berkenaan hal-hal lain, tiada ada yang boleh saya ulas lanjut mengenainya. Saya risau juga kalau asyik berkongsi, peminat pun naik bosan sebab hal yang sama. Tapi itulah hakikatnya, insya-Allah dalam tahun ini juga (berkahwin),” katanya ketika ditemui pada Majlis Kempen Ramadan Raya ‘Seindah Kasih’ Media Prima Berhad di Glenmarie, di sini, hari ini. Menurut Mimi, segala perancangan menuju hari bahagia sudah hampir 50 peratus siap dan semuanya berjalan lancar. Kalau nak bercakap mengenai hal perkahwinan, rasanya sama seperti pasangan lain. Cuma syukur kerana kami sudah lama mengenali jadi proses itu makin mudah. Semuanya mengikut apa yang dirancangkan, masing-masing juga sudah tahu peranan.

Malah ahli keluarga kami pun sangat menyokong. Alhamdulillah setakat ini, lebih 50 peratus persiapan sudah dilakukan, sudah separuh jalan. Terdahulu, Syafiq memaklumkan majlis pernikahannya dengan Mimi dijangka berlangsung selepas sambutan Aidilfitri tahun ini. Sebelum ini, Syafiq bersama keluarganya sudah merisik Mimi dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup pada 21 Januari lalu. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.