Sepanjang bulan Ramadhan ini Masjid Jamek buat  Iftar Jamie berkonsepkan Madinah

Pelbagai program dilaksanakan masjid dan surau seluruh negara sebagai persediaan menyambut kemuliaan Ramadan 1444 Hijrah tahun ini. Tidak terkecuali Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur yang juga antara masjid tertua dan bersejarah di ibu negara. Penolong Ketua Imam Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Ustaz Ahmad Nizzam Rasali berkata, antara yang teristimewa adalah Iftar Jam’ie berkonsepkan seumpama di Madinah. Untuk persiapan Ramadan tahun ini akan ada Iftar Jam’ie berkonsepkan Madinah. Konsep ini terinspirasi dari suasana berbuka puasa di Madinah.

Pihak kami akan menghamparkan tikar dan seperah di Dataran Masjid. Pastinya ada tajaan-tajaan yang sudah diberikan di masjid untuk majlis berbuka puasa sepanjang Ramadan. Jika kita pernah pergi ke bumi haramain Makkah dan Madinah, di Madinah mereka akan infak contohnya satu barisan bagi jemaah berbuka ada yang sudah tempah. Cuma di sini kita tak buat konsep macam itu sebaliknya kita akan letak tikar dan ada penyumbang yang memberikan infak secara umum di mana tahun ini ada masjid ini turut terpilih melaksanakan iftar yang istimewa iaitu Iftar Rahmah dengan peruntukkan RM5 sekepala iaitu set air bersama nasi berlauk dan sayur,” katanya ketika ditemui di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, hari ini. Katanya, selain iftar, program membabitkan bacaan dan tadarus Al-Quran pasti akan ada setiap tahun.

Menurutnya, tidak dilupakan pihak masjid memastikan golongan yang perlu disantuni contohnya golongan gelandangan, B40, asnaf dan lain-lain lagi mendapat manfaat di bulan mulia. Jemaah yang nak datang berbuka puasa kita santuni mereka dengan pengisian-pengisian agama sebab Ramadan memang terbaik kita memperbaiki diri kita. Qiyamullail seperti biasa 10 akhir Ramadan dan solat tarawikh itu pastilah. Kita nak mengajak semua yang ada dekat tengah-tengah bandaraya ini dan semua yang hadir ke sini mengimarahkan masjid. Pemandangan di dataran masjid yang seperti di Madinah adalah antara tarikan. Selain itu, kaunter zakat fitrah juga dibuka setiap hari. Begitu juga agihan bubur lambuk secara percuma. Dengan ini saya menjemput semua untuk hadir dan doakan supaya pihak masjid dapat menyantuni semua dan kita mengharapkan kekuatan daripada Allah SWT. Kita semua dalam keadaan kerisauan ekonomi tetapi Allah SWT istimewa. Walaupun ada isu ekonomi pasti ada rezeki itu tanpa disangka-sangka.

Selain itu, katanya, pengajian kuliah Zohor seperti biasa setiap Ramadan pastinya penceramah-penceramah yang bertauliah turut dijemput. Menurutnya, pihak masjid amat menghormati saranan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Mohd Ajib Ismail berkenaan penceramah bertauliah. Masjid juga mengadakan program Mutiara Hadis yang kita buat selepas solat Asar. Ia sebenarnya sudah pun berjalan cuma Ramadan kita nak raikan mereka yang hadir ke sini untuk sama-sama solat Asar dan kemudian sambil itu duduk sekejap dalam tempoh lima minit untuk kita akan bacakan kitab-kitab yang masyhur berkenaan hadis sahih daripada Nabi Muhammad SAW.

Apa pun, jika ada pihak bajet lebih, Allah SWT bagi rezeki lebih tahun ini nak infak silakan, kami sangat mengalu-alukan. Kebiasaannya kehadiran di masjid jamek ini lebih 800 orang ke atas pada waktu berbuka dan justeru kami masih menerima tawaran untuk penajaan. “Ramadan inilah kita nak semai sebanyak mungkin pahala. Syukur Alhamdulillah kita tidak ketandusan sukarelawan termasuk ada daripada penuntut universiti dan rakan kita dari program yang lalu,” katanya. Ustaz Ahmad Nizzam berkata, pihak masjid terbuka untuk sesiapa yang mahu datang untuk masjid membuat yang terbaik untuk Ramadan tahun ini dengan membantu petugas masjid sedia ada seramai 20 orang.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.