Pak Azad sahut cabaran untuk rasa senggugut, tapi gelagat dia tu buat ramai yang terhibur

Tarikh 8 Mac setiap tahun adalah dikhususkan bagi meraikan wanita-wanita seluruh dunia. Justeru, sambutan Hari Wanita Sedunia diraikan dengan cukup meriah di serata dunia khususnya buat para wanita tanpa mengira latar belakang, etnik dan budaya. Sempena hari istimewa buat kaum wanita di seluruh dunia, 3 Pagi Era  bersama Radin, Azad dan juga Nabil telah memeriahkan konti dengan menyahut cabaran dari team #MixBreakfast @mix.my. Azad atau nama sebenarnya Jasmin John Louis Jeffri yang merupakan penyampai radio Era telah sahut satu cabaran dengan membuat simulasi dengan memakai satu alat untuk mengetahui keadaan wanita apabila menghadapi senggugut. Klik sini untuk lihat video.

Apa yang mengundang ketawa ramai, gelagat Azad yang memakai alatan tersebut tidak dapat menahan kesak1tan sehingga terjerit-jerit di dalam konti membuatkan keadaan riuh dengan suaranya. Video dikongsikan di laman instagram Era itu bagaimanapun mengundang orang ramai terhibur.

Sumber, TTK. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.