Tular gosip pasal Nd Lala kahwin lagi, sekali Syada Amzah tampil bongkarkan cerita sebenar

Anak perempuan kepada penyanyi dan pelakon veteran, ND Lala iaitu Syada Amzah menafikan khabar angin yang mengatakan bapanya itu berkahwin lagi satu secara rahsia. Menurut laporan Harian Metro, Syada memaklumkan ibu dan bapanya masih tinggal sebumbung dan keluar bersama hampir setiap hari. “Saya baru tahu mengenai gosip ini. Kami di rumah baik-baik saja. Mak saya setiap hari keluar ‘dating’ dengan ayah saya. Saya tak rasa bapa saya berkahwin lagi satu sebab mereka masih tinggal sebumbung dan kalau keluar pun mesti satu kereta.

Saya minta simpang benda ini berlaku sebab takut bila ramai sangat yang buat andaian boleh jadi satu doa,” katanya. Bukan itu sahaja, adik kepada Shila Amzah turut memberitahu mereka sekeluarga langsung tidak terkesan dengan spekulasi yang tular  di media sosial memandangkan sudah biasa dengan asam garam dunia hiburan. “Cerita gosip ini dari kecil lagi memang selalu terpalit. Macam-macam cerita keluar dan kami sendiri ada yang baru tahu. Secara peribadi, saya tak rasa keluarga saya terkesan dengan apa saja gosip melainkan benda itu benar-benar terjadi. Cuma saya harap kalau ada gosip membabitkan ahli keluarga pastikan individu itu ada hitam putih dan ketengahkan perkara ini. Kalau sekadar cakap mulut, semua orang boleh cakap,” ujarnya lagi.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila seorang penyanyi dan aktor lelaki popular era 80-an dipercayai bernikah lagi satu secara diam tanpa pengetahuan pengetahuan isteri pertamanya. Sumber, OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.