Masih sayang kan keluarga, ini pula respon selamba dari Farid Kamil lepas isteri buat permohonan untuk berpisah

Aktor dan pengarah sensasi, Farid Kamil yang kini berdepan kemelut rumah tangga selepas isterinya, Diana Danielle memfailkan tuntutan untuk berpisah, pagi ini. Farid atau nama sebenarnya, Farid Kamil Zahari, 42, berharap isu rumah tangganya dapat diselesaikan dengan jalan perdamaian. Katanya, keengganannya melafazkan talak juga disebabkan masih sayangkan keluarganya. “Saya ingin selamatkan keluarga menerusi jalan perdamaian di mahkamah. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah. “Saya masih sayangkan Diana dan tentunya, dua cahaya mata, Muhammad dan Aurora,” katanya.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada November 2012 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad, 10, dan Aurora, 7. Dalam pada itu, pelakon filem Anwar: The Untold Story itu menafikan wujud krisis antaranya dan Diana hingga membawa keretakan dalam hubungan mereka. “Sebenarnya, tiada apapun yang berlaku. Sebagai suami, saya tiada masalah. Tanyalah Diana, apa masalah dia,” ujar Farid ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp. Biarpun berdepan konflik rumah tangga, Farid berkata, isu keretakan rumah tangga tidak langsung mengganggu emosinya. “Ketika ini, saya sedang sibuk di lokasi penggambaran. Alhamdulillah, fokus saya kini lebih kepada mencari nafkah,” katanya.

Terdahulu, berita kemelut rumah tangga pasangan ini timbul selepas Diana dilaporkan memfailkan permohonan untuk berpisah terhadap Farid pada awal bulan ini atas alasan tiada persefahaman dan berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan). Permohonan pisah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di Shah Alam, pagi ini. Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan untuk berpisah terhadap Diana. Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan Farid dan Diana untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP). Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada November 2012. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Muhammad, 10, dan Aurora, 7.

Sumber: Trending Sangat. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.