“Walaupun apa yang terjadi Ma (nenek) dan Atuk sentiasa sayang Shaikul dan Summayyah…tak perlu risau mengenai apa yang terjadi.” – Jelas Puteri Sarah. Siapa sahaja yang mahu kehilangan insan-insan tercinta hanya kerana munculnya orang ketiga dalam sesebuah institusi rumah tangga. Jika perpisahan jalan terakhir, maka acap kalilah kita dapat melihat reaksi yang ditunjukkan oleh mereka yang jadi mngsa perpisahan rumah tangga termasuk perasaan terkejut, kesedihan, kehampaan, marah dan bimbang. Namun, dikatakan tidak semua mampu mengharungi dugaan dalam kemelut rumah tangga sama ada seseorang yang bergelar dewasa mahupun anak-anak yang turut terkesan dek perpisahan ibu dan ayah.
Baru-baru ini pelakon Puteri Sarah, 38, mendedahkan anak sulungnya, Shaikul Islam, 6, sudah mengetahui mengenai pergolakan rumah tangga yang berlaku antara ibu bapanya. “Shaikul sudah tahu sebab dia sendiri yang beritahu bapa mentua saya, ‘abang dah tahu dah’. Jadi Datuk dan Datin pun beritahu perkara sebenar” – jelas Puteri Sarah. Sarah juga berpendapat bahawa kemungkinan anak sulungnya itu mengetahui mengenai kemelut yang terjadi ini melalui video-video yang terpapar di Youtube, namun sehingga kini tiada kepastian mengenai kesahihannya itu.
“Saya rasa dia dengar cerita (konflik rumah tangga) menerusi laman YouTube dan mungkin daripada situ dia mahukan kepastian. Jadi mereka terangkanlah. Saya bertuah kerana mempunyai ibu dan bapa mentua yang baik” – kata Puteri Sarah. Jelas isteri kepada pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof, beliau tidak mengetahui bagaimana reaksi anaknya ketika itu, namun Sarah merasa bersyukur kerana mempunyai ibu dan ayah mertua yang sangat memahami dan sentiasa menyokong keputusannya.
Menurut Puteri Sarah, selepas lebih setahun tidak bertemu suaminya, dia memberitahu perasaan sayang sudah tidak wujud. “Rasa biasa sahaja. Tiada apa yang luar biasa. Saya pun tak pandang, tak tahu dia tengok saya atau sebaliknya. Saya hanya mahu terus pandang ke depan. Dah la, bye-bye,” – katanya. Puteri Sarah kali ini tampil yakin dan berani tanpa perlu “dipapah atau dipimpin” oleh mana-mana individu ke Mahkamah Rendah Syariah baru-baru ini selepas diperintah untuk melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perpisahan mereka. Bagaimanapun kami sentiasa mendoakan agar kemelut yang melanda pasangan cinta yang pernah meraih pujian warganet yang dikatakan dilihat begitu bahagia sebelum ini akhirnya mempunyai jalan penyelesaian yang terbaik untuk perhubungan mereka.
Sumber, TTK. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.