Watie Hanifiah muat naik video baru untuk promosikan produk, sekali benda ni pula yang jadi perhatian warganet

Usahawan dan juga kekasih hati pelawak Shuib, Watie Hanifiahsekali lagi jadi perhatian warganet di media sosial. Terbaru, di TikTok, Watie dilihat mengenakan busana labuh berwarna merah yang jarang namun mengenakan ‘inner’ berwarna hitam. Bagaimanapun, ‘dress’ itu menjadi bualan hangat kerana kelihatan sangat ketat di tubuh badan Watie. Menerusi rakaman itu, Watie sedang menyelesaikan tuntutan kerja untuk satu produk makanan yang agak popular. Klik sini untuk lihat video.

Komen Warganet:

Menjengah di ruangan komen, rata-rata menasihati untuk mengenakan pakaian yang longgar serta tidak mencolok mata. Warganet juga berasa risau kerana Watie nampak agak tidak selesa untuk bergerak. Ada juga segelintir yang mendakwa bahagian ketiak Watie hingga ke bahagian lengan terdedah. Selain itu, warganet juga mendoakan agar pemilik nama Shahmira Muhammad dapat membimbing Watie menjadi muslimah yang lebih baik. Difahamkan, ini bukan kali pertama Watie ditegur mengenai bab pemakaian.

PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.