Lama menyepi tahu tahu Zizan Razak bakal terbitkan sebuah telemovie raya

PELAWAK Zizan Razak memberitahu dia bakal menerbitkan dan mengarahkan sebuah telemovie raya berjudul Heistdilfitri yang akan disiarkan sempena Syawal nanti. Zizan atau nama sebenarnya Razizan Abdul Razak berkata, projek pertamanya itu dia akan bergandingan bersama rakan baiknya iaitu Issey Fazlisham. “Saya dan Issey akan mula terbitkan satu telemovie raya yang berjudul Heistdiltfitri untuk siaran Astro, untuk kali ini pihak Astro mahukan saya mengarah, terbitkan dan berlakon juga dalam telemovie ini.

“Ini merupakan arahan pertama saya dan saya mengharapkan dapat sokongan daripada semua termasuklah rakan media juga. Saya tak menjanjikan bulan bintang tapi kami akan buat yang terbaik, harap terjadinya telemovie ini mungkin akan ada lagi untuk arahan seterusnya malah boleh jadikan satu cabang baharu dalam kerjaya saya sebagai anak seni,” kata Zizan. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Zizan Razak muat naik gambar dengan awek moto besar, kapsyen pula yang jadi perhatian warganet. “Eceyy…cintan cintun dengan awek moto besar nampak? kami sokongggg je zan” – kata peminat. Siapa tidak senang jika mempunyai kekasih hati yang mempunyai perwatakan lucu dan suka berjenaka. Pastinya hidup dipenuhi gelak ketawa dan riang sentiasa. Namun begitu ianya tidak menjamin apa-apa dalam sesuatu perhubungan kerana soal jodoh itu rahsia Tuhan. Memuat naik gambar di laman Instagram, pelawak dan pelakon terkenal Zizan Razak berkongsi rasa rindu terhadap seseorang yang dikenalinya iaitu pelakon baharu, Ahirine Ahirudin, 26. Jika sebelum ini setiap kali artis wanita berkahwin, pasti warganet mempersoalkan jodoh pelawak popular Zizan Razak, apatah lagi semua artis yang pernah dikaitkan dengannya sudah pun mendirikan rumah-tangga.

Justeru, kali ini apabila pelawak ini berkongsi gambar Ahirine seolah-olah memberikan hint tentang sesuatu rasa yang mungkin ramai tidak tahu. Bagaimanapun, kesahihan itu tidak dapat dikenal pasti kerana sehingga kini tiada sebarang pemakluman mengenai siapakah teman wanita Zizan. “Keje dia ketawa je. Takde keje lain. Lama tak jumpa dia. Rindu pulak rasa kat budak @ahirineahirudin”- tulis Zizan. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat bersetuju jika benar Zizan dan Ahirine menjalinkan hubungan cinta kerana kelihatan secocok bersama. Ahirine yang terkenal dengan aktiviti sukan lasak sentiasa berkongsi perkembangannya di laman Instagram miliknya.

Terdahulu, nama pelakon wanita ini pernah dikaitkan dengan Farid Kamil yang ketika itu berkongsi video sedang membantunya memakai topi keledar sebagaimana dimuat naik di aplikasi TikTok. Menurut sumber laporan Harian Metro, disebabkan g0sip berkenaan yang tersebar meluas, Ahirine akhirnya terpaksa bertindak untuk tampil menjelaskan  mengenai status beliau dengan pelakon kesukaan ramai wanita itu memandangkan orang ramai menyebut nama isteri Farid, Diana Danielle di ruangan komen video berkenaan. Kini, sama ada benar atau tidak Ahirine merupakan kekasih baharu Zizan masih menjadi tanda-tanya kerana mengetahui bahawa mereka sememangnya rapat atas faktor-faktor tertentu sahaja. Sumber, Murai.my.