Muat naik video dah mula kerja, sekali Amirah Aqilah kena perli lagi dengan warganet

Kecoh di media sosial minggu lalu, apabila isteri pempengaruh popular View Chin, Shermine Ah Moi memuat naik beberapa bukti foto dan perbualan mesra suaminya di WhatsApp bersama seorang wanita iaitu pekerja mereka sendiri yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dibelakangnya. Terbaharu, wanita yang dikaitkan dengan View Chin, Amirah Aqilah telah memuat naik sebuah video pendek di Facebook (FB). Menerusi video itu, memaparkan dia berada di dalam sebuah kereta dipercayai sedang menuju ke tempat kerja. Amirah juga meletakkan tanda pagar #sabar pada kapsyen. “Assalamualaikum semua, mari mulakan kerja dengan senyuman #sabar.

Komen Warganet:

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata ramai warganet yang melemparkan kritikan dan memerli wanita berkenaan rentetan isu skandal dengan majikannya. Terdahulu, Amirah tampil menjelaskan bahawa hubungannya dengan View Chin terjalin setelah lelaki itu bercerai dengan isterinya. Dalam masa yang sama dia juga memohon maaf atas semua yang terjadi. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.