Tak selalu dapat bersenam, tak sangka rupanya Nabila Huda jalan 30 ribu langkah setiap hari

PELAKON dan hos Nabila Huda mendedahkan dia jarang melakukan aktiviti bersenam, namun kerjayanya sebagai artis banyak memberikan kelebihan dalam menjaga gaya hidup sihat. Nabila atau Nabila Huda Suhaimi, 39, berkata, kebanyakan masa dihabiskan dengan berjalan kaki atau berdiri sepanjang menjalani penggambaran drama atau filem. “Saya memang kurang bersenam tetapi gaya hidup saya bila bekerja, saya akan berjalan kaki, sentiasa berdiri tanpa duduk, rasanya lebih daripada orang yang normal.

“Contohnya kita bangun tidur pukul 6 pagi dan habis shooting hingga pukul 3 pagi. Jadi, sepanjang waktu itu kebanyakannya saya akan berjalan dan berdiri sepanjang masa,” katanya. Dalam pada itu, Nabila berkongsi jika dia mempunyai kerja, aktres berkenaan mampu berjalan sehingga 30,000 langkah sehari. Bagaimanapun, pelakon filem Munafik itu mengakui faktor umur memainkan peranan apabila dia kini mudah berasa letih selepas seharian penat bekerja. “Satu hari tu kurang-kurang boleh cecah hingga 30,000 langkah tetapi saya akan pastikan saya sentiasa bergerak dan bukan duduk diam saja.

“Dulu masa muda umur 20-an masih mampu untuk lalu, tapi dah nak masuk angka 40 tahun, penat tu rasa berbeza. Balik kerja pukul 10 malam saya dah penat, mula jadi grumpy. Tapi tak mengapalah, saya dah memilih bidang ini sebagai kerjaya dan saya sayang dengan kerja saya,” ujarnya. Bercerita soal kerjayanya kini, Nabila memberitahu dia sekarang berada di New York, Amerika Syarikat kerana menjalani penggambaran sebuah program masakan.

“Saya bergerak ke New York pada 25 April lalu dan saya berada di sini lebih kurang dua bulan hingga Jun depan. “Saya akan menjalani penggambaran 26 episod untuk program memasak. Content program itu adalah ‘Masak sana sini New York’ dan kami akan masak untuk pelajar di sana. “Istimewanya setiap episod akan ada tetamu undangan iaitu rakyat Malaysia yang belajar atau berhijrah di New York.,” katanya.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.