Tak mahu terlalu berkongsi, Sufian Suhaimi akui kini dah ada teman wanita

PENYANYI Sufian Suhaimi mengakui hatinya kini sudah dimiliki oleh seorang wanita yang dikenalinya sejak tahun lalu. Sufian, 31, bagaimanapun enggan terlalu mendedahkan identiti wanita berusia 23 tahun itu kerana bimbang dia akan menjadi perhatian ramai dan membuatkan kekasihnya itu berasa tidak selesa. “Betul, itulah teman wanita saya. Bukan hendak berahsia, tetapi saya tidak mahu terlalu berkongsi. Kalau keluar bersama, kami buat seperti biasa dan tidak pula menyorokkan hubungan kami. “Dia masih menuntut di sebuah universiti dan hampir menamatkan pengajian… saya panggil dia ‘sayang’.

“Saya menghormati kehidupannya dan begitu juga dia. Mungkin dia tidak selesa kalau ramai mengenalinya dan menjadi tumpuan ramai,” katanya. Sufian berkongsi mengenai perkara itu ketika hadir ke majlis pernikahan sahabatnya, penyanyi Aiman Tino yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Khamis. Kehadiran penyanyi itu bersama wanita tersebut yang tampil sedondon berwarna merah turut menarik perhatian tetamu. Sementara itu, penyanyi lagu Di Matamu ini, dia berharap hubungan tersebut akan berakhir dengan ikatan perkahwinan namun masih belum ada sebarang perancangan ke arah itu.

“Saya memang tiada sasaran bila akan berkahwin. Namun saya sudah bersedia ke arah itu. “Mestilah kami ada bercakap soal hala tuju hubungan ini sebab kami tidak mahu membuang masa. Kalau dah kenal dan bercinta pasti nak kahwin. Tetapi kami tidak ada sebarang perancangan setakat ini atau menghitung hari,” ujarnya. Menurutnya lagi, keluarga kedua-dua belah pihak juga sudah mengetahui tentang hubungan mereka namun belum bertemu antara satu sama lain. Untuk rekod, Sufian pernah bertunang dengan aktres Elfira Loy pada 2017 namun ikatan itu terlerai empat bulan kemudian.

Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.