Anzalna Nasir hadiahkan rantai untuk ibunya, sekali terkejut bila tengok harga dia

Baru-baru ini, pelakon jelita, Anzalna Nasir atau nama sebenarnya Nur Anzalna Md Nasir telah menghadiahkan seutas rantai yang bernilai RM120,000 telah berjaya menarik perhatian ramai. Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Anzalna di laman TikToknya, dia bersama keluarganya hadir di sebuah kedai emas terkemuka dan meluahkan hasrat mahu membeli rantai tersebut untuk ibu tersayang. Difahamkan, rantai yang dibeli oleh aktres yang berusia 35 tahun itu mempunyai campuran emas sebanyak lebih 50 gram dan set berlian lebih 12 karat. Dalam hantaran yang berdurasi pendek itu juga, kelihatan ibu Anzalna mengenakan rantai tersebut sehingga mengeluarkan air mata gembira kerana gagal menahan sebak.

Bukan itu sahaja, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak dengan cara Anzalna menghargai jasa ibunya yang sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang banyak demi membahagiakan hati insan tersayang. Dalam pada itu, ramai meluahkan rasa syukur dengan pemberian Anzalna buat ibunya dan mereka yakin, anak yang sentiasa melebihkan orang tua rezekinya pasti akan melimpah ruah kelak.

Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.