Patut lah Syamsul susah nak lafaz, terkejut rupanya Puteri Sarah pernah dilepaskan 2 kali dalam hidup

Pelakon Puteri Sarah Liyana didkwa pernah dilepaskan dua kali oleh suaminya juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof. Menurut sumber Harian Metro, kedua-dua lafaz talak itu pernah direkodkan di Mahkamah Syariah Petaling Jaya, Selangor. “Perkara ini memang berlaku dan ada rekod. Malah sudah difailkan pada September 2020 untuk pengesahan lafaz talak,” katanya kepada Harian Metro. Sumber itu berkata, difahamkan Syamsul tidak hadir ke mahkamah. Bagaimanapun sebelum ini, menerusi perkongsian video dalam Instagram, Sarah, 38, mengakui, tangisan bukan bermakna lemah sebaliknya kerana terlalu penat berdepan dengan suaminya yang disifatkan sebagai seorang lelaki narsisistik.

Sarah berkata dia menangis bukan kerana lemah, tetapi sebab penat berdepan dengan perangai suaminya sejak beberapa tahun lalu. “Saya nak beritahu bahawa saya telah penat. Penat brblah dan berlawan lelaki narsisistik seperi ini. Tolong doakan saya dilepaskan dan dilepaskan dengan cara yang baik. Saya sangat penat sudah berapa tahun tak dilayan sebagai isteri. Tidak mendapat kasih sayang. Saya juga punya keinginan untuk bahagia, ingin untuk merasa kasih sayang. Jadi lepaskan saya. Untuk rekod, kes perpisahan pasangan itu masih berjalan di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur dan gagal diselesaikan selepas Syamsul enggan melepaskan Puteri Sarah pada 18 April lalu.

Pergolakan rumah tangga mereka bermula selepas kehadiran pihak ketiga iaitu Ira Kazar juga anak kepada pelakon veteran Kazar sebelum Syamsul mengakui sudah bernikah dengan wanita itu pada awal Januari lalu di Thailand. Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4. Sumber: TTK. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.