Tular video gelak tawa Puteri Sarah dan Syamsul di mahkamah, warganet pula yang rasa sebak

Baru sebentar tadi, peguam yang mewakilli pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof iaitu Azmi Mohd Rais telah mengesahkan bahawa pengarah tersebut dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana telah capai sepakat untuk menyelesaikan tuntutan perpisahan. Menurut Berita Harian, Syamsul dan Puteri Sarah juga telah bersemuka membincangkan isu berbangkit mengenai masalah rumah tangga yang dihadapi semalam.

Susulan itu, pagi ini, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur telah menetapkan 18 April ini sebagai tarikh untuk Syamsul melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah. Dalam pada itu, tular sebuah video yang dikongsikan mStar di TikTok mempaparkan Syamsul dan Puteri Sarah dilihat sedang bergelak tawa ketika berada di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan. Menerusi video itu dapat dilihat Syamsul seperti sedang mengatakan sesuatu kepada Sarah dan ia dibalas dengan senyuman dan gelak tawa daripada kedua-duanya. Klik sini untuk lihat video.

Rata-rata warganet melihat video berkenaan meluahkan rasa sebak mereka akan perpisahan yang bakal berlaku antara kedua-duanya. Walau bagaimanapun, ramai yang mendoakan semoga Syamsul dan Sarah bahagia dengan cara masing-masing. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.