Teruk kena kritik dengan warganet, sekali ada individu tampil bongkarkan pernah kena sidai selama 4 jam dengan Janna Nick

Pelakon, Janna Nick teruk dikritik warganet selepas membuat satu kenyataan mengenai isu ‘work life balance’ yang didakwa memperkecilkan sesetengah pihak yang mementingkan keseimbangan dalam pekerjaan dan kehidupan ketika sesi podcast bersama pelakon, Amelia Henderson. Namun begitu, Amelia kemudiannya tampil mempertahankan dakwaan yang dilemparkan terhadap Janna dengan menyatakan bahawa Janna sama sekali tidak berniat untuk mempersenda golongan yang bekerja siang dan malam.

Terbaru, tular pula satu ciapan dibuat seorang pengguna di Twitter yang mendedahkan sikap Janna selepas mendakwa dirinya pernah bekerjasama Janna untuk satu penggambaran sebelum ini. Menurut individu terbabit, pihaknya perlu menunggu Janna selama hampir 4 jam sebelum boleh memulakan sesi penggambaran sebuah program yang tidak didedahkan namanya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet seakan terkejut dengan pendedahan individu terbabit. Bahkan, ada juga yang tinggalkan komen bahawa mereka yang mengenali Janna sahaja tahu sikap sebenar pelakon drama Dia itu. Terdahulu, kenyataan yang dikeluarkan Janna mengenai isu ‘work life balance’ itu telah menyebabkan ramai pihak yang kurang senang dengan kenyataan tersebut sehingga dirinya dikritik teruk oleh warganet. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.