Tengah kecoh pasal isu rumahtangga selebriti, Nabil Ahmad akui lebih berikan perhatian pada isteri

KES perpisahan melibatkan rakan artis yang kerap dilaporkan kebelakangan ini membuatkan pelawak Nabil Ahmad lebih memberikan perhatian terhadap isterinya, Nazirah Ayub. Nabil, 39, berkata kes rumah tangga yang menjadi bualan pada ketika ini membuka matanya untuk menjadi seorang suami dan bapa yang lebih bertanggungjawab. Bukan itu sahaja, dia juga kini lebih rajin membantu melakukan kerja-kerja rumah yang pastinya membuatkan isterinya senang melihat perubahan itu.

“Saya syukur isteri saya ditahap bersabar. Saya pula ambil iktibar dan muhasabah diri… mencari tanggungjawab yang saya belum laksanakan dan kekurangan dalam keluarga yang saya tak buat. Selama ini saya ingat tugas saya cari nafkah dan berlagak ‘raja’ tapi sekarang saya macam terlebih beri perhatian kepada isteri saya… dia gembira dengan perubahan saya,” katanya. Nabil berkongsi perkara itu ketika ditemui pembukaan Jakel Shah Alam pada pagi Rabu.

Dalam pada itu, Nabil juga bersyukur apabila isterinya banyak bersabar dengan kerenahnya selain menerima kekurangan sepanjang berkahwin. Kata Nabil lagi, dia juga pernah diganggu penyondol yang datang mencuba nasib untuk mendekati dirinya melalui media sosial namun kini semuanya dikawal oleh isterinya. “Antara saya dengan dia, isteri saya yang banyak bersabar, terima kekurangan dan menasihati saya.

“Mesej (cubaan penyondol) biasa, nasib baik bukan saya yang uruskan. Dia bagi saya TikTok pun sebab boleh buat duit. Tapi saya tak tahu keadaan DM macam mana kerana dia yang jaga. Masa saya pegang memang ada ujian-ujian datang nasib baik tak layan,” katanya lagi. Mengulas lanjut mengenai perkara itu, bapa kepada tiga orang cahaya mata ini juga berpendapat bahawa kes perpisahan kini diibaratkan sebagai satu trend yang semakin berleluasa.

Dia sebagai bapa bagaimanapun bimbang sekiranya perkara itu memberi kesan kepada mental anak-anak pasangan berkenaan. “Sekarang ini macam dah jadi satu trend… boleh rupanya tuntut ini dan itu. Tapi sekarang ini lebih banyak kepada pentingkan diri sebab kita ada anak-anak dan kita tak boleh fikir masa depan anak-anak sendiri. Penderaan mental mereka macam mana,” ujarnya. Untuk rekod, Nabil dan Nazirah telah mendirikan rumah tangga pada 2011. Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Naira Mikayla, Layla Medyna dan Mishall Imani.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.