Tular video Anuar Zain menyanyi, sekali reaksi budak sebelah dia jadi perhatian warganet

Tular sebuah perkongsian di TikTok yang memaparkan seorang kanak kanak terpaku apabila bintang terkenal, Anuar Zain menyanyi di sebelahnya. Reaksi kanak-kanak tersebut seolah terpegun dan kehilangan kata-kata apabila mendengar suara merdu Anuar yang menyanyikan lagu Lelaki Ini. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet geli hati melihat reaksi kanak-kanak tersebut. Untunglah kecik-kecik dah dapat pergi concert Anuar Zain. Free pulak tu. Macam ni lah kot Ernie masa kecik-kecik. Budak tu tak tau ke yang itu Anuar Zain?” soal warganet. Klik sini untuk lihat video.

Z

Anuar yang memakai baju biru bersongkok dalam video tersebut kelihatan tidak kekok menyanyi dan sempat menghadiahkan ciuman kepada kanak-kanak tersebut setelah habis menyanyi. Kredit Xtra.PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Penyanyi popular, Anuar Zain, 53, mengakui dia berasa seronok dan tenang ketika menyertai aktiviti bersama jemaah tabligh sejak 2021 lalu. Anuar berkata, dia masih menyertai aktiviti bersama mereka jika ada kelapangan masa. Kali terakhir dia menyertai aktiviti keagamaan itu ialah beberapa bulan lalu. Saya masih lagi mengikut jemaah (tabligh), tapi sekiranya ada kelapangan masa. Seronok dan tenang kalau dapat sertai aktiviti keagamaan yang dilakukan bersama-sama. Anuar berkata, sekiranya tidak terikat dengan kerja seni, dia berhasrat untuk menyertai aktiviti mereka lagi. Saya tak boleh ikut selalu sebab kerja hakiki sebagai artis, cari makan dalam karier seni sebagai penyanyi. Jadi, saya kena tengok masa yang terluang juga,” katanya.

Anuar mula aktif mengikuti aktiviti bersama jemaah tabligh sejak 2021 lalu. Malah, pernah tular video dia dan pelawak, Nabil Ahmad bersarapan bersama jemaah tabligh di sebuah masjid di Selangor. Sementara itu, Anuar juga berhasrat mahu mengerjakan solat terawih di beberapa masjid berasingan sepanjang Ramadan ini. Anuar berkata, dia juga mahu mengajak rakan rapatnya yang berminat untuk turut serta. Katanya, ia aktiviti menyeronokkan untuk mengimarahkan bulan Ramadan yang menjelma tidak lama lagi.