Tergesa gesa nak sampai ke destinasi, peserta ratu cantik tiba di hotel dengan menunggang motosikal je

Seorang peserta ratu cantik Miss Grand Rayong menjadi topik hangat warganet di media sosial pada hari ini  apabila dia muncul untuk menyertai aktiviti prapertandingan itu dengan menunggang sebuah teksi motosikal. Menurut portal berita The Nation Thailand, pengguna Facebook, Pakaii Pitirat menyiarkan gambar Miss Grand Rayong, Anuthida “Ninew” Sarathana yang tiba di Hotel Swissotel di Jalan Ratchadapisek, Bangkok dengan menunggang sebuah teksi motosikal,  manakala pemilik motosikal menjadi pemboncengnya.

Gambar itu dikongsi dan disukai ramai warganet apabila lebih 3,000 pengguna Facebook menyatakan dia pasti tergesa-gesa untuk  sampai ke destinasi tersebut. Peringkat akhir Miss Grand Thailand 2023 akan diadakan di Show DC Hall, Bangkok pada 29 April depan. Peserta dari semua 77 wilayah dikehendaki hadir di hotel itu pada hari ini untuk mendaftar bagi pertandingan itu. – Agensi. Kredit kosmo online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.