Diperli sebab buka puasa tanpa keluarga, ramai yang simpati dengan Shuk Sahar

Umum sedia maklum pelawak dan pengacara Shuk Sahar telah berpisah talak satu dengan isteri, Rossa Sera di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu telah mengejutkan ramai pihak. Difahamkan juga, pasangan tersebut telah sebulat suara membuat keputusan untuk meneruskan kehidupan mengikut haluan masing-masing dan persetujuan itu dilakukan selepas balik mengerjakan ibadah umrah awal tahun lalu. Bagaimanapun, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh pelawak yang berusia 37 tahun itu di laman TikToknya, dia yang membuat konten bersama dua orang pekerja yang lain telah berjaya meraih perhatian warganet. Klik sini untuk lihat video.

Dalam video tersebut, salah seorang pekerja yang dikenali sebagai Aniq meminta izin untuk pulang awal ke rumah kerana sudah berjanji dengan keluarga mahu berbuka puasa bersama-sama. Susulan itu, permintaan tersebut telah mendapat maklum balas daripada seorang lagi lelaki yang memuji tindakan Aniq yang mengutamakan keluarga. “Bagus, macam itu la ada anak isteri ni kena utamakan mereka dahulu. Anak isteri ini penting, nak buka puasa baru lah meriah. Ini buka puasa sorang-sorang, nak buat apa kan. Tak boleh bawa pergi bazar, tak boleh nak jalan-jalan sekali. Lagi satu waktu sahur, bangun-bangun tengok tak ada siapa. Nak sahur dengan siapa? Hantu? Hantu pun ada anak isteri tau.

“Itulah nikmatnya kita ada anak dengan isteri kita ini. Ha kita raikan beri makan sedap-sedap, ingat bila ada anak isteri ini kena kena jaga elok-elok. Jangan buat suka dah sebab rezeki itu datang daripada mereka,” ujarnya. Meskipun ia hanya konten, reaksi yang diberikan oleh individu terbabit telah mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan warganet kerana seakan-akan menyindir dan secara tidak langsung melukai hati Shuk Sahar.

Komen Warganet:

Pun begitu, ramai yang memuji sikap positif Shuk yang tidak mudah melatah dengan kata-kata orang lain dan mereka mendoakan agar urusan Shuk dala menari rezeki sentiasa dipermudahkan. Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.