Dua kucing peliharaan yang dinamakan Comel dan Kembang agak murung serta kurang selera makan setelah tuanya pergi selamanya.

Sejak abah meninggal dunia, dua kucing peliharaan yang dinamakan Comel dan Kembang agak murung serta kurang selera makan seperti sangat merindui abah,” kata Fierdaus Aris.

Fierdaus, 31, berkongsi cerita mengenai keadaan kucing yang dipelihara keluarganya sejak lebih lima tahun lalu yang kini seperti menanggung beban rindu pada arwah bapanya, Aris Nyiat. Menurutnya, bapanya meninggal dunia kerana kanser hati tahap empat pada 29 Ogos lalu dan sejak itu dua kucing berkenaan menjadi murung.

Sejak itu Comel selalu baring di atas tilam dan menunggu berhampiran katil yang abah baring ketika sakit sehingga arwah menghembuskan nafas terakhirnya. Kembang pula kurang selera makan dan berat badannya agak susut, malah dilihat lebih banyak termenung di kawasan sekeliling rumah, tempat abah buat kerja sebelum ini.

Ketika masih ada dan sihat dahulu, abah rajin mengemas sekeliling rumah sambil ditemani Kembang dan Comel. Abah juga selalu dukung kucing sambil ‘ronda’ kawasan rumah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Terdahulu, Fierdaus memuat naik beberapa hantaran di kumpulan Facebook (FB) berkaitan kucing yang memaparkan gambar Comel dan Kembang yang baring berhampiran arwah bapanya dan di atas kain pelikat warga emas itu, sekali gus warganet,

Menurutnya, dia percaya dua kucing kesayangan keluarganya itu turut merasai pemergian bapanya ke negeri abadi dan merindui insan tersayang berkenaan. Katanya, kain pelikat yang sering dipakai arwah bapanya memang selalu diletakkan di atas katil supaya dapat mengubat rindu Comel dan Kembang pada bapanya.

Comel masih ada selera makan tetapi dia yang kerap baring atas kain pelikat abah dan dia selalu temankan abah dari sihat sehingga sakit, malah ketika abah nazak dan meninggal dunia, Comel masih baring berhampiran abah.

Beberapa hari lalu, saya mesin rumput dan risau kalau Comel duduk di celah pokok (ketika mesin). Saya cuba mencarinya sebelum melihat Comel sedang baring atas kain pelikat abah. Kembang pula nampak bertenaga sedikit sejak saya mula mengemas sekeliling rumah bersama emak, malah dia ikut kami ronda rumah kerana sebelum ini Kembang peneman setia abah setiap kali meronda,” katanya.

Menurut Fierdaus, kisah itu dikongsi di FB untuk menunjukkan bahawa kucing juga mempunyai perasaan kasih sayang, selain turut memahami erti kehilangan. Ada beberapa (komen) cadangan di FB selain jiran yang beritahu supaya bawa Comel dan Kembang ke pusara abah, tetapi biarlah saya tangguhkan dahulu kerana bimbang dua kucing itu pergi sendiri ke sana dan tak balik semula ke rumah.

Pada saya dua kucing itu adalah ahli keluarga kami bukan sekadar haiwan peliharaan sahaja. Saya risau keselamatan comel dan kembang jika mereka berjalan sendiri di jalan raya,” katanya. Kredit berita harian. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.