Bagaimana kucing fikir tentang manusia, Ini fakta yang mengejutkan.

Di sini Relevan kongsikan beberapa fakta mengenai apa yang difikirkan oleh kucing tentang manusia.

1. Cara kucing bermain berbeza dengan cara anjing

Tiada siapa yang boleh membaca fikiran kucing untuk mengetahui pendapat haiwan itu tentang kita. Walau bagaimanapun, saintis telah memerhati kucing untuk masa yang lama dan mendapati bahawa cara kucing berfikir tentang kita berbeza dengan cara anjing melihat manusia. Telah terbukti bahawa, cara anjing bermain dengan manusia tidak sama apabila ia bermain sesama anjing. Haiwan itu cenderung untuk memusatkan perhatian kepada emosi manusia apabila berinteraksi dengan kita.

2. Kucing melayan manusia sama seperti ia melayan kucing

Melihat kepada tingkah laku kucing ketika anda berada di sekelilingnya, anda mungkin akan menyedari bahawa kucing memaparkan tingkah laku yang sama ketika ia bersama-sama kucing lain. Contohnya, kucing menunjukkan kasih sayang kepada anda dengan cara menggosok badannya kepada badan anda.

Ia juga menggunakan bahasa badan dan bunyi untuk menyatakan perasaannya serta duduk di sebelah anda untuk menemani dan berasa selesa. Haiwan itu juga merapikan anda dengan menjilat kulit atau rambut anda. Perlakuan yang serupa akan dilakukan ketika ia berada di sekeliling kucing-kucing lain seperti mengeluarkan dengkuran, bergesel antara satu sama lain begitu juga merapikan diri (menjilat), duduk berbaring berdekatan untuk keselesaan dan perlindungan.

3. Kucing melihat anda sebagai ibu bapa

Anak kucing bergantung kepada ibu mereka untuk kasih sayang, perlindungan dan makanan. Ramai saintis percaya bahawa kucing melihat manusia dengan cara yang sama seperti anak kucing melihat ibu mereka. Dalam erti kata lain, kita tidak lebih daripada kucing besar yang memberi makan, perlindungan dan kasih sayang. Menurut kajian yang dilakukan pada tahun 2019, mendapati bahawa kucing melihat manusa sebagai ibu bapa. 

Haiwan itu mempunyai keterikatan yang sama dengan pemiliknya seperti yang ditunjukkan oleh bayi kepada ibu bapa mereka. Anak kucing dalam kajian itu kelihatan sangat tertekan apabila penjaganya pergi dan kembali gembira serta berasa selamat apabila mereka kembali.

Kredit RELEVEN. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.