Teringat dulu dia berlakon dalam drama Sutun, ramai yang teruja bila tahu Ku Yusry kini bergelar guru

Kalau sebut sahaja nama drama berjudul Sutun, pasti ramai yang akan mengimbau kembali kenangan menonton drama mengisahkan seorang lelaki berperwatakan lembut yang dilakonkan oleh pelakon bernama Ku Yusry. Terbaru, tular beberapa video di TikTok memaparkan penampilan terkini Ku Yusry yang kini bergelar seorang guru di sebuah sekolah.

Menerusi video dikongsi seorang wanita yang dipercayai merupakan rakan guru kepada Ku Yusry, dapat dilihat rupa paras pelakon Sutun itu sama sekali tidak berubah. Lebih menarik lagi, dekorasi meja guru milik Ku Yusry itu juga dipenuhi dengan beberapa alatan dan barangan berwarna merah jambu sama seperti warna kegemarannya di dalam drama Sutun sebelum ini. Klik sini untuk lihat video.

Komen Warganet:

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet begitu teruja melihat penampilan terkini Ku Yusry malah ada juga yang memuji pelakon tersebut yang masih mengekalkan penampilan sebagai seorang lelaki meskipun berperwatakan lembut. Sekadar info, drama Sutun merupakan drama mengisahkan seorang murid sekolah yang berperwatakan lembut dan dibesarkan di sebuah kampung. Drama ini menjadi fenomena sehinggakan wujudnya sekuel bagi drama ini yang bertajuk Sutun 2. Sumber: OhBulan.