Aprena Manrose muat naik gambar berbuka puasa dngan keluarga, terubat rindu warganet bila nampak kelibat Kamal Adli

Hantaran pelakon Aprena Manrose berkongsi momen indah bersama keluarga ketika berbuka puasa meraih perhatian warganet, baru-baru ini. Menerusi video di TikTok, seorang individu memuat naik semula video yang dikongsi Aprena di Instagram Stories yang memaparkan adik-beradiknya hadir dengan bertudung. Hal ini meraih perhatian warganet apabila kesemuanya dikatakan kelihatan manis dan menawan dengan mengenakan hijab di bulan mulia. Klik sini untuk lihat video.

Walau bagaimanapun, apa yang lebih menarik perhatian warganet apabila terlihat kelibat pelakon Kamal Adli yang turut hadir berbuka bersama setelah mendiamkan diri seketika di media sosial. Perkongsian tersebut mengubati kerinduan peminat kepada pelakon drama ‘Akira Khan’ itu apabila dilihat dirinya makin pulih dan sudah ceria. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.