Redha dengan apa je keputusan, ini pula luahan dari Datuk Yusof Haslam

Saya dan isteri, mendoakan yang baik-baik saja buat Syamsul dan menantu kami, Puteri Sarah untuk keputusan esok. Kami reda dengan apa saja keputusannya. Semoga keputusan itu baik untuk kedua-dua belah pihak,” kata penerbit, Datuk Yusof Haslam. Yusof, 63, dihubungi berkata, beliau dan isterinya, Datin Patimah Ismail menyerahkan segalanya kepada Syamsul dan Puteri Sarah untuk menyelesaikan masalah rumah tangga itu dengan keputusan sudah  dicapai mereka.

Kami reda dengan apa saja keputusan esok. Semuanya adalah ketentuan daripada Allah. Kita memang nak mereka terus bersama, tapi Puteri Sarah juga  ada sebab dengan keputusan dibuatnya. Sempena Ramadan ini dan tidak lama lagi nak berhari raya pula, saya harap semuanya selesai dengan baik. Saya dan isteri akan terus menjalin hubungan silaturahim yang rapat dengan besan kami, keluarga Puteri Sarah seperti selalu.

Kami akan terus menjaga hubungan baik ini, saling bertanya khabar dan berkunjung ke rumah masing-masing untuk berhari raya bagi menggembirakan cucu-cucu kami yang dikasihi, Syaikul Islam dan Sumayyah,” katanya kepada Harian Metro. Ditanya juga kehadirannya di mahkamah esok, Yusof berkata beliau tidak akan hadir. Jelasnya, cukup hanya titipan doa semoga semua baik-baik saja sama ada mereka terus bersama atau sebaliknya.

Pada Khamis lalu, Syamsul ditemui media ketika hadir pada sebutan pertama kes nusyuz yang difailkannya terhadap isteri pertama, Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 21 Mac lalu. Syamsul juga memaklumkan, dia reda dengan apa saja keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung kes permohonan untuk berpisah itu yang dijadualkan dibaca di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, jam 9 pagi esok.

Terdahulu, pada 24 Mac lalu, proses JKP yang berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membabitkan Syamsul dan Puteri Sarah difahamkan gagal menemui jalan penyelesaian. Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.