Kecoh pasal muzik video Dato Aliff Syukri, sekali penampilan terkini Rosnah Mat Aris buat warganet terkedu

Baru-baru ini tular sebuah video usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mempromosikan lagu baharunya yang mendapat kritikan warganet di laman sosial. Namun, apa yang lebih mengejutkan, Aliff sekali lagi memuat naik video untuk mempromosikan lagu tersebut dan menampilkan seorang pelakon veteran, Rosnah Mat Aris. Rosnah yang kali terakhir muncul di layar perak menerusi filem Tiga Janda Melawan Dunia mengenakan baju berwarna putih dan gincu berwarna merah menjadikan dirinya sebagai titik tumpuan dalam muzik video tersebut.

Video itu juga telah di muat naik semula oleh salah seorang pengguna TikTok dan kehadiran Rosnah dalam video tersebut meraih pelbagai respons warganet yang terkejut melihat penampilannya. Kenapa muka Rosnah Mat Aris gitu, cucuk ke sakit? Ini Rosnah Mat Aris ke? Rosnah Mat Aris paling win setakat ini,” tulis netizen di ruangan komen.

Untuk rekod, Aliff telah mengeluarkan single terbaru miliknya yang berjudul ‘Chu Ku Chuk Raya’.Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.