Mencuba dalam bidang nyanyian, Ryan Bakery akui akan ada kritikan dan rasa kurang senang dari sesetengah pihak

PERSONALITI media sosial Ryan Bakery sedar akan ada kritikan dan rasa kurang senang sesetengah pihak apabila dia mencuba bidang nyanyian. Serius bergelar penyanyi, Ryan atau Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 28, berkata, kehadirannya hanya sekadar mahu mewarnai industri seni dan berharap dapat diterima baik orang ramai. “Kalau ada peminat atau penyanyi sendiri yang kurang senang, itu terpulang kepada mereka. Saya tampil dengan lagu baharu untuk mewarnai lagi industri seni ini.

“Sejak awal bergelar content creator lagi sudah banyak kritikan saya dapat. Kalau komen negatif saya tolak tepi, jika ada yang baik saya akan ambil untuk perbaiki diri,” katanya. Ryan ditemui ketika pelancaran lagu terbaharu berjudul Raya Last Minit yang merupakan kolaborasi dengan penyanyi Andi Bernadee. Tambah Ryan meskipun tidak mempunyai asas dalam dunia muzik, namun minat dan bakat yang ada dalam diri membuatkan dia yakin meluaskan lagi kerjaya dalam bidang seni. “Memanglah saya tidak pernah pergi kelas vokal sebelum ini, tapi saya sering menyanyi dan seorang ‘kaki karaoke’. Jadi untuk menyanyi itu tidak ada masalah besar.

“Ketika menyanyi dalam program televisyen sebelum ini pun ada yang katakan saya boleh ke arah itu. Dari situ timbul keyakinan untuk mencuba,” ujarnya. Dalam masa sama Ryan juga memberitahu dia tidak melalui jalan mudah untuk nama mudah diterima dalam industri seni selepas kandungan media sosial yang dibuat popular. Terbuka mencuba pelbagai bidang lain, Ryan menyerahkan semuanya kepada rezeki dan kepercayaan orang untuk diberi lebih banyak peluang termasuk berlakon. “Untuk saya sampai ke tahap seperti sekarang ini bukan mudah. Biarlah apa orang nak cakap apa sekalipun, yang penting saya kena cari duit nak beri makan keluarga.

“Kalau ada produksi yang percaya untuk saya berlakon atau mana-mana syarikat rakaman nak saya rakam lagu, mungkin boleh cuba. Saya terbuka menerima cabaran baru. Selagi mampu saya buat,” jelasnya. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.