Tular Gelagat Peminat Teruja Bertemu Sufian Suhaimi Dengan Kekasih.

Selepas memaklumkan dirinya sedang mengenal hati budi seseorang, penyanyi dan usahawan Sufian Suhaimi tidak pernah sesekali mendedahkan wajah wanita yang berjaya memiliki hatinya.

Terbaharu, tular sebuah video di TikTok apabila salah seorang peminatnya teruja dapat berjumpa dengan Sufian ketika berada di karnival raya yang berlangsung di sekitar Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Namun, sosok tubuh seorang wanita cantik yang sentiasa berada di sisinya sepanjang karnival itu menjadi perhatian dan tanda tanya dalam kalangan warganet. Bukan itu sahaja, mereka turut mengenakan pakaian sedondon yang berwarna seakan-akan peach dan coklat.

Menyedari perkara itu, rata-rata warganet memuji kecantikan wanita itu dan ingin tahu status hubungan mereka berdua di ruangan komen. Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.