Tak dapat dihubungi sejak tular pasal kontroversi rumahtangga, Syada Amzah akui dah ikhtiar cara berubat islam

Meluahkan rasa hati selepas kisah bapanya yang didakwa berkahwin lain heboh diperkatakan, penyanyi Syada Amzah mengutuskan surat terbuka bersempena hari lahir Datuk ND Lala menerusi kemas kini terbaharu di Instagram. Dikhabarkan tidak dapat dihubungi semenjak kontroversi krisis rumah tangga hangat menjadi bualan, Syada mendedahkan mereka sekeluarga tidak mempunyai sebarang akses untuk berhubung dengan bapanya.

Perkongsian Syada mendapat maklum balas rakan artis dan warganet yang membanjiri ruangan komen. Rata-rata pengikut tampil memberikan kata-kata semangat serta sokongan kepada pelantun lagu Hasrat itu. Namun begitu, Syada turut membalas beberapa komen yang mempertikaikan tindakannya membuat surat terbuka kepada bapa sendiri. Terdahulu, ibu Syada, Datin Fauziah Sarman mendedahkan wajah wanita bernama Siti Munirah Abd Ghani Instagram miliknya dengan kapsyen ‘Isteri Dato’ ND Lala…Datin Siti Munirah Abd Ghani’.

Kredit Xtra. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Penyanyi Syada Amzah tampil membuat surat terbuka kepada bapanya, Datuk ND Lala yang dikhabarkan tidak dapat dihubungi semenjak isunya berkahwin lain menjadi bualan. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Syada menerusi sebuah hantaran di Instagram, tadi. Menurut Syada, mereka sekeluarga tidak mempunyai sebarang akses untuk berhubung dengan bapanya itu. Kepada ayah, tiada lagi foto ayah mulai hari ini. Surat terbuka ini dibuat kerana tiada sesiapa mempunyai akses untuk bercakap dengan ayah. Pertama sekali, Selamat Hari Lahir yang ke-62. Terima kasih atas segala pengorbanan ayah untuk membesarkan kami berempat,” tulisnya.