Ramai yang tak puas hati bila Watie muat naik gambar dengan Shuib tapi nampak separuh, sekali ini pula komen warganet

Tindakan bakal isteri pelawak, Shuib iaitu Watie Hanifiah memotong atau ‘crop’ sebahagian gambar individu yang berada di sebelahnya mengundang rasa tidak puas hati segelintir warganet. Menerusi sekeping gambar di laman Instagram, Watie yang juga usahawan mengenakan persalinan berwarna merah jambu selain menampakkan bahagian sipi-sipi individu tersebut dipercayai Shuib. Ini kerana jika dilihat dalam satu perkongsian di akaun Instagram milik Shuib, dia ada memuat naik beberapa keping foto sedondon berwarna merah jambu bersama anak-anaknya pada hari kedua Syawal, semalam.

Berikutan itu, meninjau di ruangan komen, terdapat beberapa pengikut Watie mempertikaikan tindakan wanita itu memotong wajah pelawak tersebut sehingga dilabel sebagai ‘acah‘. Walau bagaimanapun, rata-rata warganet membidas semula komen pengikut yang disifatkan sebagai ‘toksik’ kerana seolah-olah tidak berpuas hati terhadap perhubungan Watie dan Shuib.

Terdahulu, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad meraikan hari pertama Syawal dengan membawa bakal isterinya itu bertemu ahli keluarga sebelum melangsungkan pernikahan dalam beberapa bulan lagi. Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.