Tular seorang lelaki nekad berjalan kaki dari Bidor, Perak ke Mekah untuk menunaikan haji.

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Itulah perumpamaan tepat menggambarkan hasrat murni seorang lelaki untuk menunaikan haji di Mekah pada tahun ini. Menariknya, lelaki tersebut akan berjalan kaki dari Bidor, Perak ke Mekah bagi menunaikan rukun Islam kelima itu.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Viral Perak, lelaki yang dikenali sebagai Herry Nizam telah memulakan perjalanan sejak awal minggu lalu. Menurut perkongsian itu, lelaki terbabit akan menempuh perjalanan sejauh 10,160 kilometer dan secara purata ia akan memakan masa selama 84 hari dan 10 jam.

Menerusi muatnaik terbarunya di aplikasi TikTok, Herry Nizam kini telah tiba di Sadao, Thailand dan merancang untuk meneruskan perjalanan pada hujung minggu. Semoga Allah permudahkan segala urusanmu saudara,” tulis hantaran tersebut.

Sementara itu, menerusi perkongsian lelaki tersebut di TikToknya dia turut menyatakan bahawa telah lama berhajat untuk ke Tanah Suci Mekah dengan berjalan kaki. Katanya, walaupun dia bimbang dengan kesihatan ibunya, akan tetapi lelaki tersebut akan meneruskan ‘misinya’ itu kerana ada yang akan menjaga wanita tersebut.

Susulan perkongsian itu, rata-rata pengguna kagum dengam semangat lelaki terbabit dan pada masa sama mendoakan agar hasrat lelaki tersebut tercapai. Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.