Menghitung hari nak tamatkan zaman bujang, Syafiq Kyle maklumkan akan muncul dlm drama bersiri terbitan United Kingdom

KETIKA sedang sibuk melakukan persiapan perkahwinan, pelakon Syafiq Kyle memaklumkan dia bakal berkerjasama dengan sebuah produksi berpangkalan di United Kingdom (UK). Syafiq atau Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 31, berkata, projek drama bersiri itu merupakan adaptasi daripada novel penyiasatan yang mengisahkan seorang inspektor datang ke beberapa negara untuk membuat siasatan. “Saya akan berkerjasama dengan pihak produksi United Kingdom (UK), siri berjudul Inspector Singh dan akan mula jalani pengambaran bulan Julai ini.

Syafiq bakal berkerjasama dengan produksi UK. “Siri ini diadaptasi daripada novel dan pelakon utama dari London, dia datang ke Malaysia kerana ada satu kes perlu diselesaikan. “Watak saya sebagai Sarjan Syukur, skrip buat masa sekarang masih lagi rahsia,” katanya kepada mStar. Syafiq berkongsi hal berkenaan ketika hadir di sidang media pelancaran drama Seindah Kasih pada Rabu. Berkongsi lebih lanjut, Syafiq memaklumkan bahawa dia antara artis yang berjaya di dalam uji bakat di lakukan oleh pihak produksi berkenaan. Malah ini adalah permulaan awal bagi dirinya untuk cuba memasuki pasaran luar.

“Dia orang cari pelakon dan saya datang untuk uji bakat, saya diterima. Ada beberapa pelakon Malaysia lain yang turut terlibat sama. Syafiq dan Mimi sedang hitung hari bergelar suami isteri. “Saya kena belajar bahasa Inggeris dalam siri ini, saya suka perkara-perkara yang memcabar diri sebab itu saya ambil peluang ini selain ingin mengetengahkan bakat saya,” kongsinya. Bercakap mengenai debaran bakal bergelar suami, Syafiq memberitahu dia kini banyak mendengar ceramah agama sebagai persediaan. Jelas Syafiq persiapan telah selesai dan dia kini lebih fokus kepada kehidupan selepas berkahwin dengan bakal isterinya, pelakon Mimi Lana.

“Saya banyak tengok ceramah-ceramah dari ustaz sebagai persiapan untuk bergelar suami. Segala persiapan telah selesai dan hanya menunggu akad nikah sahaja pada bulan lapan nanti,” ujarnya. Pada Januari lalu, Mimi memuat naik sebuah foto yang menunjukkan jari manisnya disarungkan cincin dengan kapsyen ‘One step closer’ dan dipercayai sudah mengikat tali pertunangan dengan Syafiq. Untuk rekod, hubungan pasangan ini dikatakan pernah terlerai pada Mei 2020 selama lima tahun menyulam cinta namun kembali bertaut selepas masing-masing dilihat berkongsi gambar di media sosial.

Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.