Muat naik video dengan dua orang anknya, ramai yang sebak bila tengok Puteri Sarah beri ucapan pada diri sendiri sempena hari ibu

Sempena sambutan Hari Ibu, semalam pelakon Puteri Sarah dilihat turut memuat naik ucapan serta video kehidupannya bersama dua anaknya. Menerusi entri itu, Puteri Sarah mengucapkan selamat hari ibu kepada mereka diluar sana yang membesarkan anak-anak seorang diri. Puteri Sarah turut mengucapkan terima kasih kerana menjadikan dirinya sebagai seorang yang lebih baik dan mempunyai tujuan yang lebih besar dalam hidup anak-anaknya. “Selamat Hari Ibu kepada ibu yang telah membesarkan anak-anak anda seorang diri seperti seorang hero. Terima Kasih. Klik sini untuk lihat video.

“Terima kasih kerana menjadikan saya seorang yang lebih baik. Terima kasih kerana memberi saya tujuan yang lebih besar dan lebih baik dalam hidup @syaikhulsumayyah,” tulisnya. Diruangan komen, rata-rata warganet sebak apabila Puteri Sarah mengucapkan ucapan untuk diri sendiri. Malah, ada yang mengatakan Puteri Sarah merupakan salah seorang contoh wanita kuat yang berjuang demi kebahagiaan diri dan anak-anak. Komen warganet:

Sumber: Rotikaya. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.