Akan kekalkan hubungan baik dengan bekas isteri, Syamsul Yusof doakan Sarah jumpa lelaki yang baik

Pengarah tersohor, Syamsul Yusof telah mengakui bahawa hubungannya dengan bekas isteri, Puteri Sarah Liyana akan kekal sebagai sahabat baik dan sentiasa mendoakan supaya selebriti berkenaan bertemu jodoh dengan lelaki yang boleh membahagiakannya. Memetik laporan dari Berita Harian, Syamsul dan Sarah yang ditemui selepas sah bercerai tengahari tadi memaklumkan bahawa perpisahan ini bukan pengakhiran hubungan mereka kerana  tetap saling berkomunikasi terutamanya demi anak-anak.

“Ikatan kami akan kekal demi anak-anak. Apa yang boleh bantu, saya akan tolong kerana dia tetap ibu kepada anak-anak saya,” katanya. Ujar pengarah filem The Original Gangster itu, dia mahu bekas isteri dan anak-anak mereka mengecapi kebahagiaan serta memulakan hidup baharu. Walaupun bukan bergelar suami isteri, saya tetap berharap Puteri Sarah bertemu lelaki yang boleh menjaganya dengan baik. “Saya doakan Puteri Sarah temui kebahagiaan. Saya harap dia bertemu jodoh dengan seseorang yang baik dan boleh membahagiakannya. “Jika anak-anak ada bapa baharu, saya juga akan terima,” katanya.

Sekitar jam 12.25 tengahari 14 Jun 2023, Syamsul telah melafazkan talak satu kepada Puteri Sarah Liyana di hadapan Hakim Syarie, Akmalluddin Ilyas. Tindakan tersebut dilakukan selepas mahkamah membenarkan permohonan talak yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Syamsul juga bersetuju untuk membayar nafkah anak-anak sebanyak RM6,000 sebulan dan juga nafkah edah kepada Puteri Sarah sebanyak RM45,000.

Sumber: omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsika
n seperti berikut.