Pergi menghadap illahi lepas jatuh bawah jejambat, individu ni bongkarkan sifat mulia rider Ducati

RAMAI warganet meluahkan rasa simpati terhadap penunggang motosikal berkuasa tinggi jenis Ducati yang pergi menghadap illahi selepas tercampak daripada jejambat Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) pada Rabu. Ahmad Fadzil Omar Azadin, 64, pergi menghadap illahi di tempat kejadian selepas terbabas sebelum jatuh ke bawah jejambat kerana cuba mengelak sebuah motosikal yang melwn arus. Rakan kepada Allahyarham iaitu Mohd Saif Mohd Shariff turut memuat naik nukilan penuh emosi tentang pemergian mngsaa menerusi Facebook. “Last perbualan kami…Assalamualaikum, brother you need to ride, we need to ride, it’s been a while kan.. Okey bang inshaAllah on.

“Kebetulan memang jarang dapat ride bersama sejak kelas setiap minggu, last bertemu akhir Ramadan. Sempat catch up, berpelukan melepas rindu. We plan to ride soon… Qaddarallah tidak kesampaian hasrat kami,” ujar Mohd Said. Bercerita mengenai persahabatan mereka sejak tahun 2016, Mohd Said berkata Allahyarham merupakan seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi yang berpengalaman. “Ramai yang mengenalinya terutama sahabat-sahabat riding. Beliau merupakan seorang sahabat yang cool malah saya menganggapnya sebagai seorang abang dan menghormatinya.

“Awal-awal riding sekitar 2016, 2017 banyak yang saya pelajari hasil daripada kerap mengekori beliau dari belakang. No doubt riding skill dia yang amat baik, boleh dikatakan seorang yang luar biasa apabila mengendalikan jentera,” ujarnya lagi. Selain topik permotoran, Mohd Said berkata Allahyarham juga kerap solat berjemaah di masjid dan sering berbicara tentang soal agama.

“Perbualan kami sentiasa topik motor, how to handle the machine, his past experience riding sort of models, general topics dan pastinya perbincangan ilmiah a-Quran dan sunah yang kami dapat manfaat bersama-sama. “Semuanya kami sepakat dalam hal agama, Alhamdulillah sahabat manhaj yang tulen. Di sudut lain pula beliau juga adalah pencinta sunah, seorang yang istiqamah dengan solat berjemaah, saf depan pasti miliknya.

“Sentiasa lekat di majlis ilmu asatizah sunah, tidak pernah lepas daripada tangannya al-Quran setiap hari dan pagi. “Ke mana kami ride bersama dia akan pastikan sempat balik untuk berjemaah di masjid. Perasaan sebak pilu, namun pasti Allah lebih menyayanginya atauran Allah terbaik untuknya,” tulisnya lagi. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsika
n seperti berikut.