Lebih mengutamakan keluarga dari kerjaya, Faizal Tahir akui kehidupan berubah bila ada ank istimewa

Kehadiran anak bongsu penyanyi Faizal Tahir iaitu Maryam Tahirah telah membawa perubahan besar dalam kehidupannya kerana anaknya merupakan anak istimewa sindrom down yang memerlukan perhatian penuh. Menurut Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir berkata kehidupannya kini telah banyak berubah seiring dengan peningkatan usia dan tanggungjawab yang lebih besar terutama terhadap anak ketujuhnya itu.

“Sejak kelahiran Maryam ini terus terang saya rasa kehidupan saya berubah 360 darjah sebab dia memerlukan perhatian yang lebih. Dia juga ada masalah jantung dan harus diperasi Insyaa-Allah dalam masa beberapa bulan ini. Anak-anak saya dah makin membesar dan ada yang sudah habis sekolah jadi saya rasa buat masa ini dalam kehidupan saya sebagai seorang bapa itu melebihi daripada peranan seorang selebriti.” Penyanyi berusia 44 tahun itu juga berkata dia kini lebih mengutamakan keluarga berbanding kerjaya setelah banyak belajar dari kesilapan lalu.

Kalau dulu zaman-zaman ‘poyo’ saya letak kerjaya saya dahulu berbanding keluarga dengan memikirkan kalau sudah berjaya saya dapat menanggung keluarga. “Tapi bila masa sudah berubah dan anak-anak makin membesar dan belajar dari kesilapan, rupanya saya salah..apa-apa pun keluarga dahulu baru kerjaya akan lebih baik.” Faizal berkata demikian ketika ditemui di sidang media Konsert Aku Faizal Tahir Live in Kuala Lumpur baru-baru ini. Dalam pada itu, Faizal turut berkongsi tentang cabaran membesarkan seorang anak istimewa yang membuatkan dia sebak kerana masalah kesihatan yang dialami oleh anaknya itu.

“Saya kena selalu bersedia andai berlaku sebarang perkara yang tidak elok kepada dia kerana keadaan dia sekarang masih ada ‘tube’ di dalam perutnya. Kadang-kadang sebagai seorang bapa sedih saya melihat keadaan anak yang masih ada ‘tube’ itu walaupun anak dah nak masuk dua tahun. Tube itu untuk dia makan dan makan ubat. Kalau dulu saya ambil macam-macam tawaran tapi sekarang saya tidak boleh bekerja jauh dan saya perlu luangkan banyak masa dengnnya kerana apa-apa sahaja boleh terjadi.”

Untuk rekod, hasil perkahwinan pelantun lagu Cuba itu bersama isteri pada tahun 2001 mereka dikurniakan tiga anak lelaki dan empat anak perempuan. Sekadar info, Konsert Aku Faizal Tahir Live in Kuala Lumpur bakal berlangsung di Dewan Merdeka, World Trade Centre pada 2 September depan. Tiket boleh didapatkan menerusi www.jiotix.asia atau hubungi hotline: 011-5100 3111 (kiriman WhatsApp sahaja) dengan harga bermula RM488 (Platinium), RM588 (Diamond) dan RM688 (VIP).

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.