Gigih kerja sampai tengah malam sebab nak cari duit kahwin, tiba tiba motor jadi berat bila toleh belakang terkejut ada benda yang tumpang

SEJAK bekerja sebagai penghantar makanan dua tahun lalu, Hasnan selalu pulang lewat malam ke rumah yang terletak di Jenjarom, Selangor. Memandangkan jejaka ini bakal menamatkan zaman bujangnya tiga bulan lagi, semakin bertambah kerap dia pulang lewat demi mencukupkan baki wang hantaran. “Lepas tamat belajar diploma dulu saya terus jadi rider. Masa tu memang tak beringat. Saya berbelanja sampai tak rasa nak buat simpanan. Duit banyak habis ‘make-up’ motor saja. “Bulan lepas, awek (kekasih) ajak bertunang dan kahwin. Katanya dah tiga tahun bercinta, tak kan nak terus macam ni je. Katanya kalau tak serius, dia nak cari lain. Jadi saya pun gelabahlah lepas kena ugut. Terus pulun cari duit!

“Jujur memang penat sangat cari duit ni. Hari Ahad saja saya cuti untuk berehat. Nak cari RM8,000 untuk wang hantaran dalam masa terdekat ni memang penat betul rasa,” ujarnya. Namun sejak kejadian pada malam Jumaat baru-baru ini, Hasnan serik untuk bekerja sehingga larut malam apabila dia ‘dikacau’ makhluk halus. Mana tidaknya, entiti tersebut ‘mengusik’ Hasnan sewaktu dia dalam perjalanan pulang kira-kira pukul 2 pagi. Dia pada mulanya sedikit pun tidak berasa takut untuk balik ke rumah yang terletak kira-kira 50 kilometer dari Cheras.

“Saya sudah biasa balik ke rumah pada waktu dinihari. Malam tu saya memang rasa lesu sangat. Maklumlah dari pagi tak berhenti bekerja. Berehat pun jamah roti saja sebungkus lepas tu teruskan cari duit. “Dalam kepala masa tu memang nak balik tidur saja. Tapi sebaik sebaik melintas kawasan gelap yang tak ada lampu jalan, tiba-tiba motor terasa berat dan enjin macam nak mti.

“Kenapa pula motosikal ini tiba-tiba buat hal. Tadi elok saja. Minyak habiskah atau tayar pancit?” Hasnan menyoal diri sendiri tanpa mengesyaki sebarang perkara lain. Sedang asyik mengomel sendirian, tiba-tiba dia terpandang cermin sisi dan pada ketika itu semangat lelakinya sedikit tercabar. Daripada cermin itu, dia ternampak ada pocong duduk membonceng di belakang dengan wajah gelap yang jaraknya tidak sampai sejengkal daripadanya.

Ketika itu, Hasnan hanya mampu membaca ayat suci al-Quran dan bersungguh-sungguh memulas minyak motosikalnya. “Masa nampak tu saya dah menggigil-gigil ketakutan. Rasa macam semua drh naik dekat kepala. Jantung memang berdegup kencang macam nak pecah. “Terkumat-kamit mulut baca surah saya hafal. Masa tu dah tunggang terbalik bacaan tapi saya tetap baca kuat-kuat. Janji dia turun motor dan jangan ganggu saya,” imbasnya.

Namun usahanya tidak berjaya. “Jangan kacaulah! Aku penat ni cari duit kahwin. Aku tak ada pun apa yang kau nak,” kata Hasnan cuba menghalau pocong tersebut. Hanya selepas melepasi kawasan gelap itu selama hampir lima minit, barulah motosikal ditunggang kembali bergerak laju. Bagaimanapun Hasnan tidak menoleh ke belakang dan terus memecut sehingga sampai di rumah. Setibanya dia di rumah, Hasnan cuba menenangkan diri dan mengumpul kekuatan selepas melalui pengalaman ngeri seperti itu. Berikutan itu, hasratnya untuk bekerja sehingga larut malam tidak diteruskan lagi.

“Ini bukan kali pertama diusik pocong kalau jalan kawasan tu. Sebelum ni ada beberapa orang pernah diganggu tetapi tidak sampai menunjukkan rupa seperti yang berlaku kepada saya. “Saya pernah dengar kisah ada orang terlibat dengan kejadiaan tak diingini sampai pergi menghadap illahi dekat kawasan tu. Tapi cerita tu sudah lama. Katanya jari telunjuk kiri dia terputus dan ahli keluarga tak jumpa cari. “Mereka teruskan saja urusan tu tanpa jsd myt yang ‘sempurna’. Mungkin gangguan pocong di kawasan itu ada kaitan dengan myt berkenaan,” katanya lagi.

Sumber: MStar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.