Hafidz , menarik semula persetujuan kata sepakat tuntutan hadanah.

Pelakon, Hafidz Roshdi, 29, menarik semula persetujuan kata sepakat tuntutan hadanah yang difailkan selepas proses sulh dengan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri, 29, di Mahkamah Tinggi Syariah, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Shuhada yang terkejut kerana beranggapan prosiding itu sudah dipersetujui sesama mereka. Mula-mula dia setuju semua bagi saya jaga, anak-anak tempat saya, tak ada bermalam semua. Sebabkan Humairah pun berada dalam keadaan mental tak stabil semua.

Selama sejam berbincang, pegawai sulh itu pun cakap plaintif setuju atau tak, dia cakap setuju. Bila pegawai sulh suruh keluar sekejap dan akan panggil balik untuk tandatangan, tiba-tiba dia masuk balik cakap tak setuju,” katanya.

Disebabkan tindakan Hafidz itu, proses tuntutan hadanah terbabit akan ditetapkan untuk sebutan dalam mahkamah pada 12 September nanti. Menurut Shuhada, dia semestinya takkan beralah untuk menuntut haknya mengenai hak penjagaan itu walaupun kes terbabit terus tertangguh.

Ini hadanah kekal, dia yang failkan, dia plaintif, saya defendan. Ini kerana anak-anak memang dengan saya. Ingatkan dia memang sudah tidak ambil tahu. Apapun, saya akan lawan untuk anak-anak saya. Pada prosiding hari ini, Suhada diwakili peguam, Nurfarhana Abd Manaf, manakala Hafidz diwakili Ummi Kartini Abd Latiff.

Pada 18 April lalu, Hafidz memfailkan dua hadanah penuh dan sementara terhadap dua anaknya Humairah, 6, dan Umar, 2, di mahkamah sama. Sebelum ini, Hafidz meluahkan rasa sedih apabila tidak berpeluang meraikan Aidilfitri bersama dua anaknya.

Hafidz ketika ditemui di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebelum ini berkata, dia hanya berpeluang berhubung dengan dua anaknya menerusi panggilan video. Terdahulu, pada 9 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan 20 Jun ini bagi perbicaraan pengesahan lafaz cerai Hafidz dan Shuhada.

Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.