Rezeki Sweet dan Adam digandingkan dalam lakonan semakin murah sejak berumah tangga kata mereka.

JIKA ada artis yang bimbang berkahwin pada usia muda boleh menjejaskan populariti dalam bidang seni, ia sebaliknya buat pasangan selebriti popular, Sweet Qismina, 25 dan Adam Lee, 28. Malah, menurut Sweet atau nama sebenar Farhanna Qismina Supandi, tawaran berlakon juga tidak pernah putus diterima selepas mereka berkahwin.

Terbaharu, Sweet dan Adam digandingkan dalam drama genre seram sebanyak 15 episod, Malam Zulaikha arahan Shuhaimi Lua terbitan Tanah Beris Film Production untuk slot Samarinda TV3. Drama ini turut menampilkan barisan pelakon seperti Fiza Thomas, Amyza Aznan, Vanidah Imran dan ramai lagi.

Bercerita mengenai drama Malam Zulaikha, kata Sweet, ia menceritakan mengenai kehidupan Zulaikha yang berubah kerana pendamping yang hadir akibat perjanjian dibuat ibunya. Zulaikha pelajar tahun akhir di sebuah kolej sering mengalami gangguan mistik dan perkara aneh yang berlaku sehingga membuatkannya menjadi pesimis dan suka menyendiri.

Bagi merungkai misteri pendamping terbabit, Zulaikha pulang ke kampung mencari segala jawapan,” katanya. Sweet dan Adam ditemui pada sesi Meet & Greet di reruai Studio Tonton: Drama Sangat sempena Karnival Jom Heboh, Selangor Generasi Muda di Dataran Stadium Shah Alam, baru-baru ini.

Pasangan pelakon popular itu hadir pada sesi bertemu peminat untuk mempromosikan drama Malam Zulaikha lakonan mereka yang bersiaran di Slot Samarinda TV3 dan Tonton. Mengulas peranan Zulaikha, kata Sweet, watak itu juga berat kerana dirinya berdamping dengan saka sejak kecil dalam cerita itu.

Pada mulanya saya bimbang untuk melakonkan watak berat seperti itu kerana kami baru sahaja berkahwin. Tapi, saya percaya pada aturan Allah SWT, kami belum ada rezeki untuk dapat anak lagi kerana Allah nak beri rezeki dalam lakonan,” katanya yang sudah tujuh bulan melayari alam rumah tangga.

Ditanya mengenai babak mencabar pula, kata Sweet, ada babak dirinya ditarik naik tinggi dan jatuh disambut Adam. Saya berpeluh juga ketika buat babak itu, tetapi mujur Adam ada di sisi. Mama juga beri persetujuan saya berlakon dalam drama ini pun kerana Adam turut berlakon dalam cerita ini dan pegang watak Ustaz Izmir,” katanya.

Selain drama, Sweet juga bakal beraksi dalam filem berjudul Babah terbitan produksi baharu. Filem berkenaan turut menampilkan pelakon Vanidah Imran. Manakala watak utama sebagai babah (bapa) belum diputuskan lagi. Demi merealisasikan watak sebagai pesakit sindrom Guillain-Barre atau GBS, Sweet terpaksa menurunkan berat badannya sebanyak 10 kilogram.

Sindrom GBS adalah gangguan neurologi dengan keadaan sistem imun badan sendiri menyerang sebahagian daripada sistem saraf periferi. Saya terpaksa menjalani ‘liquid diet’ untuk menurunkan berat badan seperti dikehendaki skrip.

Pada masa sama, produksi juga bawa saya berjumpa pakar diet untuk menurunkan berat badan dengan cara betul. Mengikut perancangan, penggambaran filem ini bermula pada Julai depan,” katanya.

Sebagai pelakon, Sweet percaya sampai masanya dia mengambil watak berat dan mencabar, sekali gus memberikan variasi dalam lakonan. Saya tidak mahu dikenali dengan watak sama dan tiada kelainan seperti kisah cinta dan komedi sahaja. Saya juga berbincang dengan mama dan Adam terlebih dahulu membabitkan setiap tawaran lakonan,” katanya.

Bagi Adam atau nama sebenarnya, Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee pula, dia mengakui rezekinya dalam bidang lakonan semakin murah sejak mendirikan rumah tangga dengan Sweet pada 24 Oktober tahun lalu.

Menurut pelakon yang dikenali menerusi drama Budak Tebing 2 ini, banyak tawaran berlakon yang mahu mereka berlakon sama dalam drama termasuk projek filem. Saya juga selesa bergandingan dengan Sweet dalam lakonan kerana tidak ada masalah babak bersentuhan dan sebagainya. Walaupun pasangan suami isteri, sebagai pelakon kami juga profesional ketika bekerja di lokasi penggambaran,” katanya.

Ditanya sama ada dirinya yang meletakkan syarat kepada produksi untuk berlakon dengan Sweet, Adam menafikannya. Selalunya produksi yang minta kami berlakon sama dan kami anggap ia rezeki selepas berkahwin. Pada masa sama, kami juga tidak boleh terlalu kerap digandingkan bersama dalam drama kerana bimbang nanti orang muak pula nanti. Kredit Harian Metro. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.