Selamat jalani operasi tulang belakang, rupanya ini yang jadi pada ibu Harris Annuar

PELAKONĀ Harris Annuar memaklumkan ibunya yang merupakan usahawan kosmetik iaitu Zaiton Hassan atau Kak Ton selamat menjalani operasi kedua akibat masalah tulang belakang pada Sabtu lalu. Harris atau Mohammad Harris Shahrul Annuar, 30, berkata, operasi itu dilakukan selepas prosedur sama yang dilakukan pada September tahun lalu tidak memberi hasil yang baik dan ibunya masih mengadu mengalami kesakitan.

Susulan itu katanya, operasi tersebut perlu dilakukan dan bersyukur semuanya selamat malah ibunya juga sudah dibenarkan pulang ke rumah. “Sebelum ini dah pernah buat operasi tapi tidak berapa berkesan. Jadi operasi kedua perlu dilakukan dengan menggunakan khidmat pakar yang lebih baik. “Sekarang Alhamdulillah ibu saya sudah pun dibenarkan pulang dan sedang berehat di rumah,” katanya. Dalam pada itu, Harris memberitahu Zaiton pernah beberapa kali terjauh dan menyebabkan kesan jangka panjang sehingga memberi kesan kepada tulang belakangnya.

Kata Harris, disebabkan perkara itu, tulang belakang ibunya menghimpit saraf yang membuatkan kakinya kerap berasa kebas. “Ibu saya boleh jalan seperti biasa tetapi tidak boleh berdiri terlalu lama dan masih boleh berniaga dengan buat live di TikTok.”Cuma pergerakannya agak terbatas dan ia sedikit sebanyak menganggu urusan hari yang lain,” katanya. Sebelum ini, Harris berkongsi keadaan ibunya yang sedang ditolak masuk ke dewan operasi namun tidak menjelaskan secara terperinci tentang punca Zaiton dimasukkan ke hopsital. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.