Muat naik foto di majlis perkahwinan MK siap tutup komen lagi, ini pula ucapan Nabila Razali buat MK

Penyanyi Nabila Razali menutup ruangan komen di Instagram miliknya dalam satu hantaran yang mana dia memuat naik fotonya ketika menghadiri perkahwinan penyanyi MK K-Clique dan Siti Hajar baru-baru ini. Tidak tahu apa niatya berbuat demikian namun Nabila yang memakai busana serba putih di dalam foto berkenaan dilihat berdiri di sebelah pengantin perempuan ketika bergambar di atas pelamin. Menariknya, dalam kemas kini itu dia menulis ucapan istimewa buat rakan duetnya dalam lagu Peluang Kedua sebelum ini.

“Tahniah Muhammad Hairi Amin & Siti Hajaar. Saya sangat berbesar hati untuk menyaksikan detik indah ini. “Pasangan yang begitu mesra. Doakan anda semua perkara terbaik dalam hidup. Terima kasih banyak kerana menjemput saya,” tulisnya. Selain itu apa yang menarik perhatian dalam gambar-gambar yang dikongsikan terdapat foto Nabila seorang seperti melangkah pergi dengan tangannya di pipi seolah-olah menyeka air matanya. MK selamat bernikah dengan Siti Hajaar dengan sekali lafaz di Masjid Jami’il Huda, Ampang pada pagi Jumaat.

Penyanyi itu menyerahkan mas kahwin sebanyak RM302 (simbolik dengan nombor plat kereta MK) dan seutas gelang tangan., manakala wang hantaran dirahsiakan. Pasangan itu memaklumkan telah mengikat tali pertunangan pada 7 Mei lalu dalam satu majlis tertutup. Sumber: OMM. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.