Tak nak ada yang terasa hati, rupanya ini sebab Janna Nick sanggup ambil jurusolek dari Thailand

Sebelum ini, gaya solekan pada wajah pelakon dan penyanyi Janna Nick sewaktu di hari perkahwinannya mendapat pujian ramai sekali gus menjadi topik bualan hangat di laman sosial. Difahamkan, aktres itu telah mendapatkan khidmat jurusolek ternama berasal dari Thailand iaitu Babara Beer untuk menata rias wajahnya. Malah, ada segelintir warganet yang mendedahkan harga yang dikenakan jurusolek tersebut iaitu bernilai RM10,000 untuk sekali solekan.

Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 28, dia akui terkejut apabila orang ramai tahu mengenai harga yang dikenakan jurusolek berkenaan. Bagaimanapun akur dengan ‘kuasa’ warganet yang selidik sendiri. “Apabila cerita tentang solekan saya digembar gemburkan adalah diluar kuasa saya. Malah orang ramai sudah tahu harga yang dibayar untuk solekan itu membuat saya terkejut. “Bukan salah saya, sebab warganet sendiri yang pergi korek dan tanya pada pihak jurusolek itu sendiri.

Untuk saya tiada apa pun yang perlu dihebohkan sangat, saya gembira dengan hasilnya.” Janna berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem lakonannya terbaharunya berjudul Jemputan Ke Neraka yang diadakan di Starling Mall, pada Isnin. Dalam masa sama, pelatun lagu Gatal itu turut mendedahkan mengapa dia tidak menggunakan khidmat jurusolek tempatan sehingga sanggup terbangkan Babara Beer dari Thailand.Jelas Janna, keputusan tersebut diambil adalah untuk berlaku adil supaya tiada mana-mana jurusolek tempatan yang selama ini menata rias wajahnya terguris hati.

“Untuk bandingkan jurusolek tempatan dan Thailand pun tiada isu pada saya. Mengapa saya memilih jurusolek Thailand adalah disebabkan terlalu ramai jurusolek tempatan yang sangat hebat dan cantik. Apabila terlalu ramai sehingga ada lima orang yang selalu solek saya, semua cantik. Sampaikan saya risau kalau saya pilih si dia, yang di sana pula akan terasa hati. Jadi saya ambil jalan mudah, pilih jurusolek Thailand supaya tiada MUA Malaysia yang terasa hati.” Terdahulu, solekan berkonsep ‘glass skin’ pada wajah Janna mendapat pujian ramai.

Malah difahamkan, Babara Beer sebelum ini pernah menata rias wajah Yang Amat Mulia Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah binti Sultan Ibrahim. Untuk info, Janna selamat bergelar isteri kepada aktor Dini Schatzmann dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup, pada Sabtu lalu di Langkawi. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.