Jual durian serendah RM5 sekilo, Dato Aliff Syukri tak sangka dapat sambutan yang luar biasa

Dapat dilihat musim durian sudah tiba apabila raja buah ini sudah mula dijual di tepi jalan. Malah, musim durian pada kali ini memperlihatkan harga raja buah ini turun sekali gus mampu dibeli semua golongan lebih-lebih kepada penggemar durian. Tidak terkecuali, usahawan Datuk Seri Aliff Syukri yang telah berkecimpung dalam bidang ini mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai yang beratur panjang mendapatkan durian yang dijualnya di Wisma D’Herbs. Menerusi perkongsian hantaran di laman Instagramnya, Aliff Syukri tidak menjangka gerainya diserbu orang ramai gara-gara menjual pelbagai jenis durian pada harga murah.

“Saya nak berniaga sambil bersedekah. Berkat doa mak dan arwah abah tak sangka respon pelanggan macam ni,” tulisnya. Menurut sumber, setiap hari hampir 1,500 kilogram durian terjual termasuk durian kampung bersaiz besar susulan ditawarkan harga serendah RM5 sekilo. “Ada orang kata saya jual tidak sistematik, namun saya bagi tahu saya bukan peniaga durian yang profesional tetapi berniaga secara suka-suka sahaja. “Saya minta maaf, saya bukan nak bersaing dengan sesiapa, niat saya hanya ingin berniaga sambil bersedekah,” katanya. Katanya, walaupun mendapat sambutan luar jangkaan namun dia tidak bercadang untuk membuka tapak di lokasi lain.

Aliff turut berkongsi arwah bapanya, Kamarzaman bin Kamarudin menjadi titik tolak dirinya terlibat dengan projek penanaman durian dan hinggalah menjualnya pada harga yang cukup murah. Walaupun beliau terpalit pelbagai kontroversi, ramai tetap memuji cara dan kegigihan usahawan ini berniaga. Sumber: Lobak Merah. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.