Datang ke mahkamah untuk tuntutan hadanah, wajah Shuhada nampak macam ceria je

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi, Nurul Shuhada tiba di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam kira-kira jam 3.20 petang Isnin bagi proses tuntutan hadanah. Nurul Shuhada yang mengenakan baju berona biru cair tiba di mahkamah dengan ditemani peguamnya tampil ceria dan berharap semuanya berjalan lancar. Bagaimanapun, Hafidz yang tiba lebih awal tidak memberikan sebarang apa-apa kenyataan ketika ditemui.

Terdahulu, Nurul Shuhada dilaporkan memfailkan perpisahan di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari yang lalu. Bagaimanapun, lafaz talak yang sepatutnya berlaku pada 21 Mac lalu gagal dilaksanakan selepas mahkamah mendapati ada isu baharu berhubung isu lafaz talak pasangan tersebut. Dalam pada itu, Hafidz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melukakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, jam 3.30 pagi pada 2 Mac lalu.

Berdasarkan pertuduhan, pelakon itu didakwa dengan sengaja menyebabkan kelukaan terhadap Nurul Shuhada, 29, dengan menumbuk menggunakan tangan sebanyak tiga kali sehingga isterinya mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kiri. Imbas kembali, Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 serta dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2. Dalam perkembangan sama, Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu memerintahkan untuk Hafidz dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikitiari.

Namun, Hafidz disahkan waras dan pertuduhan ke atasnya layak dibicarakan selepas dimaklumkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bahru pada 9 Jun yang lalu. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.