Ibu kepada pelawak Shuib iaitu Salamiah Jalani tampil menjawab dakwaan warganet yang mengatakan anaknya pernah bermain golf bersama Watie ketika Siti Sarah masih hidup. Salamiah memberikan kenyataan menerusi ruangan komen di hantaran terbaharu Shuib pada Isnin. Menurut Salamiah, anaknya itu tidak pernah keluar bermain golf bersama Watie sebelum ini seperti yang didakwa. “Ye mama tahu. Masa arwah masih ada belum pernah sekali pun manja (panggilan Watie) main golf dengan shuib… Inilah baru nampak selepas sah menjadi isteri,” jelasnya.
Sehingga kini, komen Salamiah itu mendapat lebih 400 tanda suka. Terdahulu, nama Shuib dan Watie menjadi bualan warganet selepas pasangan ini berkongsi foto mereka sedang seronok bermain golf. Kapsyen tersebut memberitahu bahawa ini adalah kali pertama Shuib bermain golf bersama Watie. Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.