Tolak jemputan yang dia dapat awal bulan lepas, MrBeast dedah rupanya dia telah dijemput untuk sertai misi kapal selam Titan

YOUTUBER MrBeast mendedahkan bahawa dia telah dijemput untuk menyertai misi kapal selam Titan untuk meneroka kapal persiaran mewah, Titanic, di Lautan Atlantik. Bagaimanapun, YouTuber terkaya dunia itu memaklumkan dia menolak jemputan yang diterima awal bulan lalu. “Saya dijemput awal bulan ini untuk menaiki kapal selam Titan, tetapi saya tolak,” tulisnya dalam ciapan pada Ahad. Dia juga mengaku tidak dapat membayangkan keadaan dirinya jika bersetuju untuk turut serta dalam ekspedisi tersebut.

“Tak boleh bayangkan. Agak menakutkan jika saya di situ,” sambungnya. Walaupun tidak menyatakan sama ada jemputan itu adalah untuk misi yang menyaksikan kapal selam berkenaan berakhir dengan tragedi dahsyat beberapa hari lalu, MrBeast atau sebenarnya Jimmy Donaldson, berkongsi sebahagian teks daripada seseorang yang mempelawanya menyertai penerokaan tersebut. MrBeast, 25, yang mengumpul sejumlah 163 juta pengikut di YouTube dianggarkan memiliki kekayaan sehingga RM23 bilion. Terdahulu, media pada Khamis lalu melaporkan lima penumpang Titan mennggl dnia, selepas kapal selam itu dipercayai meltp berdekatan kapal Titanic.

Mereka terdiri daripada Ketua Pegawai Eksekutif OceanGate, Stockton Rush; jutawan British, Hamish Harding; ahli perniagaan Pakistan, Shahzada Dawood bersama anaknya Suleman Dawood; dan Paul-Henri Nargeolet. Sumber: Mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.