Muat naik video Aaisyah, Che Ta akui rasa tergugat bila tengok gelagat ank dia posing macam diva

Anak kepada selebriti terkenal, Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana sememangnya kerap menjadi perhatian walaupun masih lagi kanak-kanak. Keletahnya yang suka berdandan dan semakin cantik apabila meningkat remaja sentiasa mendapat pujian memandangkan Rozita Che Wan atau biasa  disapa Che Ta tak lokek berkongsi gambar atau video Aaisyah. Terbaru, pelakon drama Jesnita ini telah berkongsi video anaknya yang bergaya seperti orang dewasa dengan memegang telefon bimbit dan juga beg tangan. Klik sini untuk lihat video.

Gaya yang ditunjukkan sama persis seperti model-model terkenal yang sedang bergaya dengan cermin mata hitam. Tindakan comel Aaisyah telah membuatkan Che Ta berasa ‘tergugat’ dan mengaku kalah dengan gaya anaknya. Menjengah ke ruangan komen, ramai mengatakan mana tak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi apabila melihat gelagat Aaisyah yang hampir sama dengan ibunya. Warganet juga memuji kanak-kanak berkenaan yang sangat cantik dan comel serta membandingkan diri mereka sewaktu umur sebaya Aaisyah yang belum tahu melawa seperti anak selebriti itu.

Aaisyah Dhia Rana merupakan anak ketiga Che Ta dan satu-satunya anak perempuan dalam keluarga. Dilahirkan pada  1 November 2014, anak kepada pasangan selebriti Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini telahpun berusia sembilan tahun. Kecantikan wajah kanak-kanak berkenaan yang mewarisi kejelitaan ibu serta ketampanan bapanya kerap menjadi pujian umum sejak dia masih bayi lagi dan semakin menyerlah apabila dia sudah pandai berdandan termasuklah mengenakan alat solek sendiri.

Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.