Tak sangka konsert jiwa kacau 2023 di Stadium Malawati cipta kenangan pukau ramai penonton.

Konsert Jiwa Kacau yang berlangsung di Stadium terttutup Malawati, Shah Alam telah mencipta kenangan yang tak dapat dilupakan bagi para peminat kumpulan muzik terbaik tanah air, Sabtu lalu. Empat kumpulan hebat iaitu Hujan, Bunkface, Insomniacks dan Masdo telah berjaya ‘memecahkan panggung’, mendidihkan adrenalin sekaligus membuat jiwa-jiwa seramai 7,000 penonton kacau pada sebuah konsert yang dibawakan khas oleh MND Sport & Event Sdn Bhd.

Konsert Jiwa Kacau dimeriahkan dengan persembahan pembukaan oleh kumpulan yang digilai peminat muda zaman sekarang,  Insomniacks yang membawakan lagu-lagu hits seperti Langgar, Here Again, Igauan Malam, Reminisensi, Sempurna, dan Pulang.

Kemudian, persembahan dimulakan dengan kumpulan seterusnya iaitu Kugiran Masdo yang membawakan lapan buah lagu. Antaranya, Janji Manis, Miss Flower, Terunadara, Inilah Jalannya, Dinda, Bunga, MPRNR, dan Bercanda Di Malam Indah yang telah menaikkan lagi semangat penonton pada malam itu.

Konsert diteruskan lagi dengan penampilan kumpulan seterusnya, Bunkface yang mendapat sorakan kuat daripada peminat yang hadir. Bunkface turut membawakan lapan buah lagu antaranya Bunk Anthem, Malam Ini Kita Punya, Ekstravaganza, Rentak Laguku, Darah Muda, Panik, Situasi,  dan kegemaran ramai iaitu Revolusi.

Kemuncak malam Konsert Jiwa Kacau ini sudah pasti menerusi persembahan terakhir daripada kumpulan Hujan dengan mendendangkan lagu Obsesi, Mencari Konklusi, Dugaannya, Perindu Kalbu, Jiwa Kelajuan, Ahmoi Chantek, Lonely Soldier Boy, Empayarmu, dan Aku Skandal.

Walaupun hanya membawakan sembilan lagu, kumpulan Hujan tetap memberikan pengalaman yang hebat dan menggugah perasaan bagi para penonton dengan persembahan mereka yang penuh semangat dan ‘jiwa kacau. Kredit Murai. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.