Tular di media sosial anak, ibu hamil serentak, lahir bayi beza 40 hari.

Kisah seorang wanita yang hamil serentak dengan ibunya menjadi tular di media sosial Indonesia selepas kedua-dua mereka melahirkan bayi lelaki yang mempunyai jarak usia 40 hari, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Ade Tiana Putri atau lebih mesra disapa sebagai Tiana berkongsi  video anak dan adiknya yang kelihatan seperti bayi kembar. Seperti sedang bermimpi, melahirkan anak dan dalam masa masa, mendapat adik baharu yang mempunyai jarak usia 23 tahun dengan saya,” kata Tiana menerusi keterangan dalam videonya. Tambah Tiana, ketika hamil, dia dan ibunya sering melakukan aktiviti bersama seperti membeli pakaian bayi serta mengidam.

Sejurus dilahirkan, kedua-dua bayi itu sering dipakaikan dengan pakaian sedondon seperti pasangan kembar dan tidur bersama-sama memandangkan Tiana dan ibunya tinggal serumah.

Aktiviti harian adalah menjaga anak dan adik. Mereka juga seperti pasangan kembar kerana memakai pakaian sedondon.

Tambah wanita dari Bogor, wilayah Jawa Barat itu kepada Wolipop, ramai netizen ingin tahu berapakah usia ibunya memandangkan mereka hamil serentak. Ibu saya berusia 42 tahun. Dia mempunyai tiga anak. Saya merupakan anak sulung, anak kedua berusia 18 tahun dan yang ketiga adalah bayi lelaki ini,” ujarnya sambil menambah, kedua-dua bayi tersebut kini telah berusia setahun.

Video mengenai Tiana dan ibunya menjadi tular dengan menerima banyak komen daripada warganet. Berapa umur ibu anda? Masih muda,” kata seorang netizen. Mereka (bayi) kelihatan seperti pasangan kembar,” kata pengguna lain. – Agensi 

Kredit Kosmo Online. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.